Apakah kesihatan? Apabila kita berbicara tentang tubuh manusia yang berada dalam keadaan sihat, kita mestilah terlebih dahulu memahami beberapa soalan yang saling berkaitan.
Apakah manusia itu sebenarnya? Bagaimana ia terzahir dalam bentuk yang wujud ini? Bagaimana ia terpelihara dalam alam ini? Apakah tujuan hidup manusia.
Tanpa memahami jawapan bagi soalan tersebut, kita tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan tentang jenis kesihatan sebenar yang hendak kita cari. Apakah sebenarnya sakit dan apa pula sebenarnya sihat? Apakah kriteria untuk menilai sakit dan sihat itu? Apakah sihat itu baik dan sakit itu tidak baik? Fikirkanlah......
Firman Allah dalam Al-Quran menyebut bahawa mungkin apa yang disangka tidak baik oleh anda itu adalah sebenarnya baik bagi anda, dan apa yang baik pada sangkaan anda itu sebenarnya tidak baik bagi anda...Imam Al Ghazali pernah berkata "Penyakit itu adalah satu daripada bentuk pengalaman yang dengannya manusia dapat sampai kepada Allah, kerana Allah berfirman bahawa penyakit itu hamba-Nya dan disertakan-Nya dengan orang-orang pilihan-Nya."
Oleh yang demikian, penyakit itu janganlah dianggap sebagai musuh, tetapi anggaplah ia sebagai satu kejadian, satu alat (mekanisme) badan yang tugasnya membersih, mencuci dan mengimbangi diri kita dalam bidang jasmani, emosi, mental dan kejiwaan. Jika ditinjau dari sudut ini, demam, selsema, cirit-birit dan sebagainya itu adalah kawan kita yang membolehkan badan kita dibersihkan daripada benda-benda yang tidak berguna dan boleh meracuni badan kita.
Ssekian...Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment