Assalamu'alaikum w.w.t
Bila menyebut silat, terbayanglah di mata kita akan gerak langkah, tari, bunga dan buah. Ada pelbagai gaya ilmu persilatan di Nusantara ini. Ada permainan keras, lembut dan sebagainya malah ada pelbagai nama silat.
Mengapa pula topik silat saya muatkan dalam blog rawatan Islam ini? Apa pula kaitan ilmu silat dengan ilmu rawatan Islam. Sebenarnya saya juga pemburu ilmu persilatan selain ilmu rawatan Islam dan ilmu tasauf @ sufi. Bila saya membuka kisah silat, bukan bermakna saya berbangga diri...tidak sesekali.
Pada saya, ilmu silat membentuk jati diri dan menanam sifat berani menghadapi apa jua cabaran dan dugaan. Bukan saja berani menghadapi musuh yang nyata, malah musuh ghaib dalam diri dan luar diri. Kefahaman silat yang sejalan dengan Islam saya terima melalui talkin Ustaz Ahmad bin Che Din dan Pak Teh Pendang dari Kedah. Silat ini bernama Gerak Seni Silat Abjad (Jabat Kilat 14). Bertahun saya beramal dengan amalan silat ini (sejak berumur 20 tahun). Tidak lupa juga jasa Allahyarham Ahmad bin Haji Hasan (Ayah Mat) dan abangnya Allahyarham Cikgu Musa dari Pekan yang juga dari aliran silat Abjad. Silat Abjad diasaskan oleh Almarhum Sheikh Mahmud Nasri Osmani yang menerima daripada Tok Kenali dan Sheikh Ahmad Fatani.....yang mata rantai sanadnya berhubung dengan Syeikh Muhiyuddin Abdul Kadir Al-Jilani.
Bila terkenang akan guru-guru yang banyak jasanya kepada saya, hanya hadiah Fatehah dapat saya munajatkan pada Tuhan. Hakikatnya Allah jua yang memberi ilmu.
Sekian untuk catatan kali ini. Tak boleh tulis banyak-banyak....bersambung lagi.
No comments:
Post a Comment