Pernahkah saudara terkena penyakit gatal seluruh badan atau melihat orang yang terkena gatal seluruh badan. Kalau orang Pahang panggil “Gegata” (sebutan gegate) yang disebabkan oleh sejenis ulat atau kuman.
Baru-baru ini anak saya telah terkena gegata yang teruk sehingga habis gatal dan bengkak seluruh badannya. Saya ingatkan penyakit ini tidak serius dan cepat sembuh tetapi rupa-rupanya tidak..bahkan makin serius. Walaupun saya seorang pengamal perubatan Islam, tetapi saya berikhtiar juga membawa anak berjumpa doktor di Klinik Ghazali, Bandar Jengka. Maka ubat minum dan sapu pun diberi namun tidak juga memberi kesan.
Saya meneliti simpton penyakit ini dan mendapati kegatalan mula aktif sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan berterusan hingga ke malam. Jadi, anak saya tidak dapat tidur dengan lena.
saya pun meruqyah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan air dibuat minum dan mandi. Memang terasa ada gangguan kerana tangan saya sedikit kebas dan panas ketika memegang ubun-ubun kepalanya. Ohh.. nak lawan rupanya, bisik hati saya. Saya tidak berputus asa dan mengaku kalah. Saya tahu, gangguan tersebut mahu saya goyah dan tidak yakin akan keberkesanan dan keagungan ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak Allah memberi pengajaran kepada saya supaya bersabar dan tidak mudah melatah.
Masuk hari ke-3, keadaan anak saya masih tidak menampakkan perubahan. Entah macam mana saya dan isteri teringat akan satu petua orang tua-tua dahulu dalam merawat penyakit gata ini. Jadi apa salahnya saya mencuba.. mungkin petua ini juga berguna kepada saudara apabila terkena penyakit ini.
Petuanya begini: Sapukan bahagian gatal tersebut dengan rambut ibunya berulang kali.
MasyaAllah.. penyakit gatal pada badan anak saya tersebut terus sembuh dengan izin Allah.
Ingat...
Petua orang tua-tua beserta doa adalah merupakan senjata berkesan.
Ilmu akan menjadi jika kena dengan petuanya.
Dengan petua dapat mengalahkan Ilmu.
1 comment:
askum...
sy dan suami asyik gatal gatal seluruh badan.. nk kata allergic mmg ada.. tp sy yg paling teruk kalu x mkn benda2 yg bolehkan gatal pn ttp gatal.. dah mkn ubat dr doctor tp x berkesan.. ank pn serupa juga bl dah ibu sy ambil n bawa blk kg da xade gatal2 lg.. adakah ini buatan org atau yg lain nye
Post a Comment