Follow by Email

Friday, August 17, 2012

MENGENAL POTENSI DIRI

Tajuk : Potensi diri dari sudut Jiwa atau Mind
Assalamu’alaikum wwt.
Pernahkan kita memikirkan siapakah sebenarnya diri kita ini?  Apakah diri itu? Apakah kuasa-kuasa yang ada pada diri itu?
Tulisan kali ini mengajak pembaca  meneroka potensi diri dari sudut ilmu jiwa atau psikologi. Istilah yang sering dirujuk ialah mind (akal, jiwa, fikiran, tenaga atau diri).

Diri kita ini menurut pandangan orang yang pakar dalam bidang mind ialah satu alam sendirinya.  Diri kita ini adalah salinan alam semesta raya yang luas terbentang ini.  Diri kita ini ialah sebahagian kecil dari akal yang maha luas yang tiada had dan batasnya.  Setiap orang dari kita ini berjalan menurut satu evolusi yang memungkinkan kita mengenal diri kita sendiri.  Kita ada kaitan dengan kuasa tertinggi yang berada dalam diri kita dan di sekitar kita atau meliputi segala sesuatu dalam alam semesta raya ini.  Kuasa itu meliputi, menyelubungi dan menyerap dalam segala sesuatu. Kuasa tertinggi itu ialah kuasa ALLAH SWT.  Dengan kuasaNya  segalanya terjadi.
Diri kita ini adalah gambaran alam semesta raya ini.  Alam semesta raya ini bolehlah dibahagikan kepada TIGA peringkat:
1.      Peringkat Jisim (fizikal)
2.      Peringkat Mithal (mental)
3.      Peringkat Roh (spiritual)
Begitu juga diri kita manusia ini adalah tiga peringkat juga iaitu jisim, mental dan roh.  Ataupun dalam istilah lain, ada juga ahli kerohanian atau sufi menamakan jisim itu sebagai DIRI TERDIRI, mental itu sebagai DIRI TERPERI dan roh itu sebagai DIRI SEBENAR.
Berbalik kepada tenaga jiwa.....kejiwaan (mind) ini ada beberapa peringkat.  Bukanlah ianya berpisah antara satu dengan lain tetapi yang dimaksudkan ialah ianya ada beberapa tugas menurut peringkatnya itu.  Menurut pakar kaji jiwa (mind) Amerika yang bernama Harold Sherman, peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:
1.      Peringkat Sedar
2.      Peringkat Bawah Sedar yang mengawal badan
3.      Peringkat Ingatan (memori)
4.      Peringkat Kuasa Kreatif
5.      Peringkat Kuasa Menyembuhkan
6.      Peringkat Intuisi (Ilham)
7.      Peringkat kesedaran semesta raya

Peringkat Sedar:
Peringkat ini hanya terhad kepada pancaindera kita sahaja. Bidang inilah kita boleh berhubung dengan duni luar yang nyata ini.  Bidang kejiwaan yang ini sentiasa menghantar gambaran-gambaran mental segala sesuatu yang terjadi kepada kita dan perasaan dari kejadian itu, masuk ke dalam peringkat Bawah Sedar.

Peringkat Bawah Sedar yang Mmengawal Badan:
Bidang ini mengaal semua organ badan kita seperti hati, limpa, perut, buah pinggang dan sebagainya.  Dengan sendirinya bidang ini bekerja tanpa kita mengawalnya. Proses kerja ini akan terganggu  jika kita dalam keadaan marah, takut, benci, risau dan sebagainya.

Peringkat Ingatan (Memori):
Peringkat ini adalah tempat untuk menyimpan semua gambaran atau lintasan pengalaman kita di alam dunia nyata ini yang diterima daripada pancaindera kita.  Gambaran ini ialah yang berupa bayangan atau gambaran mental dan setiap gambaran itu berkaitan pula dengan perasaan kita pada masa itu, sama ada baik atau buruk.   Ingatan ini boleh ditimbulkan dengan permintaan akal sedar kita tadi.

Peringkat Kuasa Kreatif:
Mempunyai kuasa menarik kepada anda keadaan-peluang, suasana-suasana, sumber-sumber dan, bahkan orang yang anda perlukan, untuk membawa kepada anda segala apa yang anda perlukan dalam hidup ini.   Tegasnya, peringkat ini adalah ibarat magnet yangboleh menarik kepada anda apa yang anda gambarkan dalam fikiran anda dengan perasaan yang kuat.



Peringkat Kuasa Menyembuh:
Merupakan tenaga-tenaga yang membuat kita sihat dan juga menyembuhkan diri kira dari segala penyakit.  Kuasa ini boleh kita bangkitkan bila kita memohon supaya disembuhkan penyakit yang kita hidapi. Bahkan kita boleh gambarkan dalam fikiran kita bahawa kita sihat dan kuat dan sembuh dari penyakit.

Peringkat Instuisi (Ilham):
Peringkat ini mengandungi daya pandangan melampaui pancaindera.  Daya ini tidak terbatas oleh ruang dan waktu. Daya ini melampaui daya pancaindera kita yang biasa.  Daya ini bekerja melalui peringkat sedar dalam bentuk apa yang dinamakan intuisi (ilham).  Dengan daya ini kita akan menerima ilham atau idea.

Peringkat kesedaran semesta raya:
Merupakan peringkat yang paling tinggi yang terletak pada diri kita yang paling dalam.  Peringkat ini adalah penyambung dengan “kuasa yang tidak terbatas”.. kadang-kadang pada peringkat ini ada kemungkinan kita akan merasai diri kita melampaui diri zahir (jasmani). Seolah-olah kita masuk ke satu pengalaman yang maha tinggi dan suci.  Apabila kita boleh mententeramkan (relax) badan jasmani kita dan membiarkan akal sedar berehat dan tidak bergiat, dan kita halakan pandangan kita ke dalam diri yang paling dalam...InsyaAllah, kita boleh dalam keadaan tenteram ini, berhubung dengan apa yang dipanggil “kehadiran Ilahi” atau “kesedaran Ketuhanan”.  Orang sufi memberi istilah fana’ atau lebur diri.   Dari peringkat inilah datang mengalirnya ilham dan cahaya makrifar yang sebenarnya.  Orang-orang mistik dan kerohanian menghubungkan diri mereka kepada peringkat kesedaran yang paling tinggi ini.

Diri kita yang sebenar ini adalah mulia dan suci.  Janganlah kotorkan diri ini dengan melakukan dosa dan maksiat.  Janganlah bayangkan perkara-perkara yang membawa dosa seperti bayangkan perzinaan, persetubuhan sejenis, perogolan, perompakan, pembunuhan dan sebagainya. Jika gambaran-gambaran mental itu terlalu tebal dan berat dalam mental kita, ia akan menzahirkan dirinya melalui tindakan dan perbuatan kita.   Fikiran itu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi badan dan tindakan kita.  Kita patut sedar bahawa sebelum sesuatu itu terzahir dalam alam nyata, ianya telah terzahir dulu dalam alam ghaib.  Dari alam sanalah sesuatu itu turun ke alam nyata ini.   Begitu juga halnya dengan alam semesta raya ini, sebelum ianya terzahir sebagai alam nyata ini, ianya telah ada dulu dalam ilmu Allah. Segala sesuatu itu telah ada dalam ilmu Allah dan kemudiannya dizahirkanNya ke alam ini apabila dikehendakinya..dalam istilah sufi dipanggil “ayan sabitah”.
Begitu juga manusia ini sebelum sesuatu tindakan itu hendak dibuatnya,  perkara itu telah ada dalam fikiran atau ilmunya.  Contohnya, sebelum sesebuah bangunan itu terdiri, bentuk bangunan itu telah ada dalam fikirannya.  Bagaimana bentuk bangunan yang hendak didirikannya itu telah ada dalam fikirannya.
Setiap perbuatan kita yang ada baik atau buruk semuanya akan direkodkan dalam kesedaran batin kita sama ada kita ingat atau tidak.  Sebab itulah setiap perlakuan kita ini akan diperlihatkan kepada kita di akhirat kelak.  Alangkan malunya kita, sekiranya kelakuan kita itu keji dan kotor.  Sebab itulah kita jangan melakukan perbuatan yang keji dan berdosa kerana kita juga yang akan malu kelak. 
Ingat....waspadalah apabila menggambarkan sesuatu dalam fikiran.  Bimbang, kelak ia terzahir menjadi kenyataan.  Hanya satu kuasa yang dapat menyekat terzahirnya sesuatu yang tidak baik itu, iaitu dengan menggunakan kuasa akal dan pertimbangan kita  serta menurut al-Quran dan as-sunnah.

Sekian, nantikan sambungannya...insyaAllah
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, August 16, 2012

MENEROKA TENAGA JIWA

Assalamu’alaikum wwt.
Untuk tulisan kali ini saya terpanggil untuk mengupas berkenaan TENAGA JIWA.

Apa itu tenaga jiwa?


kuasa jiwa dikaitkan dengan mind

Sebenarnya bukanlah anggota kasar atau jasmani kita ini sahaja yang ada tenaga atau kekuatan.  Disamping tenaga badan ini, ada tenaga atau kekuatan jiwa atau mind power.  Tenaga ini, masih belum banyak diketahui oleh manusia. Para pengkaji jiwa atau ahli psikologi barat memang giat mengkaji, menyelidik, dan membuat percubaan tentang tenaga jiwa ini.  Banyak hasil yang mereka dapat.  Walau bagaimanapun, yang telah diperolehi masih sekelumit dan segelintir sahaja.  Masih banyak dan luas lagi yang belum diterokai.  Memang kajian tentang Jiwa ini amat luas dan dalam. Apa yang telah kita dapat adalah sebahagian kecil sahaja.  Sekarang terpulanglah kepada kita untuk mengkaji, menyelidik dan membuat percubaan dalam hal tenaga jiwa (mind) ini.

Banyak perkara yang pelik dan luar biasa boleh dilakukan oleh mereka yang pandai mengawal tenaga jiwa mereka.  Orang biasa akan hairan dan kagum dengan perkara luar biasa yang dilakukan oleh mereka yang kuat dan handal tenaga jiwanya.  Ini bukan perkara yang asing kepada kita.  Orang-orang kita (orang Melayu) memang handal dengan tenaga jiwa ini tetapi mereka tidak mengatakannya tenaga jiwa.  Mereka katakan tenaga batin atau tenaga ghaib. Pada hal itu semuanya adalah tenaga jiwa juga.  Mungkin orang-orang yang tidak tahu tentang tenaga jiwa, mengatakan itu tenaga jin, tenaga dan sebagainya.  Tidakkah mereka tahu bahawa  mereka itu sendiri ada tenaga atau kekuatan?  Kekuatan jin dan syaitan memang ada, tetapi kita tidak mahu tenaga tersebut kerana menyesatkan.  Sebenarnya, manusia itu sendiri adalah khalifah yang diutuskan oleh Allah untuk mentadbir alam ini. Kita ada tenaga roh atau tenaga jiwa kita sendiri. Marilah kita olah dan pergunakan tenaga tersebut kerana tenaga jiawa itu lebih hebat dan handal dari jin dan syaitan.
·         Tahukah saudara bahawa manusia itu paling tinggi darjatnya di sisi Allah?
·         Tahukah saudara bahawa semua yang dilangit dan di bumi ini untuk kita?
·         Tahukah saudara bahawa pada diri manusia itu ada tenaga terpendam yang maha gagah?

Ayuh....marilah kita gerakkan tenaga ini. Kawal dan gunakan tenaga ini dengan sebaik-baiknya dalam keredhaan Allah swt.  Sebenarnya tenaga ini lebih hebat dan lebih handal dari tenaga jasmani.  Bahkan tidak terlintas oleh kita akan kekuatannya.  Ahli-ahli sains di Barat yang mengkaji  hal ini telah mengakuinya.
Bidang fizikal sudah banyak diterokai orang, tetapi bidang jiwa atau ruhaniah masih sedikit kajiannya.  Marilah kita semua terokai bidang yang hebat dan luas ini.  Saya sendiri pun masih meneroka tenaga jiwa ini dan memperhalus dengan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran. Hakikatnya, banyak  ilmu warisan ulama silam yang telah meneroka bidang ini. Mungkin kita pernah mendengar ilmu rawatan secara tidur. Dengan kaedah ilmu ini, kita memberi saranan kepada jiwa kita untuk keluar dan merawat punca penyakit dan sudah semestinya kita memohon izin dan panduan daripada Allah.

Mind power


Oleh itu, tenaga jiwa atau mind  bolehlah diistilahkan sebagai fikiran, kerana fikiran itu bersangkutan dengan mind.  Boleh juga dikatakan jiwa kerana mind itu hidup. Boleh juga dikatakan akal kerana mind itu yang menimbulkan fikir memikir. Pada pendapat saya, jiwa atau mind ini  lebih cenderung kepada ruh iaitu perbendaharaan tersembunyi di dalam tubuh. Sila rujuk tulisan saya berkenaan dengan Ruh di bawah tajuk Catatan Mengenal Diri.



Nantikan sambungannya....
Selamat menyambut Hari Raya Idil Fitri.
Maaf zahir dan batin.

Monday, August 13, 2012

BEKAM /IJAMAH

Assalamu’alaikum wwt.
Berbekam atau ijamah adalah merupakan kaedah perubatan yang sangat dianjurkan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Saya sendiri sering berbekam untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik dan penyakit.  Dalam hal ini, kaum lelaki sangat dianjurkan untuk berbekam berbanding dengan kaum wanita. Bagi kaum wanita, mereka akan ‘datang bulan’ (keluar darah haid).
Keutamaan berbekan dalam Islam tidak usah dipertikaikan lagi. Mudah-mudahan kita semua kembali kepada perubatan sunnah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan.
Artikel ini saya sunting dari internet sedikit masa dulu, tetapi terlupa untuk menyalin sumbernya secara tepat. Kepada penulis asal artikel  ini saya mohon maaf atas perkara tersebut. Harap penulisnya berlapang dada demi penyebaran maklumat yang berguna ini.
Sila baca seterusnya....

Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah :“Barangsiapa yang berbekam pada hari ke tujuh belas dan ke sembilanbelas serta ke duapuluh satu maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit.”

Segala puji hanya milik Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Kali ini saya sertakan 30 buah hadith Nabawi yang sahih mengenai hijamah (bekam). Majoritinya diambil dari kitab “Tartib ahadithsi shohihil jami’is shoghir” karya syeikh Al-Albani, tanpa rawi dan takhrij agar lebih ringkas. Saya memohon agar ALLAH memberi manfaatnya kepada semua pembaca. InsyaALLAH.

PERTAMA: KEUTAMAAN DAN PENTINGNYA HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).
Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”
Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”
Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis. Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit. Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”

KETIGA: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Hijamah sebelum makan dan minum adalah yang terbaik.”
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.
KEEMPAT: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH
Dulu, jika ada yang mengadukan sakit kepala kepada Rasulullah S.A.W, maka baginda bersabda: “Pergi dan lakukanlah hijamah.” Dan jika mengadukan sakit pada kakinya, maka baginda menyuruhnya: “Pergi dan warnailah (lulurkanlah) dengan daun inai.”
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah dalam ihram di bahagian atas tapak kakinya yang sakit.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah saat berihram dari penyakit kepalanya. Dalam riwayat yang lain dituturkan: sebab pening yang menimpa baginda.
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah 3X pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW juga pernah melakukan hijamah pada bahagian atas kepalanya dan pada urat yang terletak antara dua bahu belakang.
Rasulullah SAW pernah pula melakukan hijamah ala Mekkah iaitu dalam ihram dan dilakukan pada bahagian tengah kepala.
Baginda juga pernah melakukan hijamah di bahagian pangkal pahanya sebab penyakit bertapak disitu.

KEENAM: RINGKASAN

1.Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa hijamah adalah:
2.Ubat yang paling bermanfaat
3.Ubat yang mujarab
4.Ubat yang paling baik
5.Ubat yang paling afdhal
6.Penyembuh (Membantu Kesembuhan)

2.Rasulullah SAW telah menerangkan beberapa manfaat hijamah iaitu:
1.Ubat penawar
2.Ubat penyembuh
3.Pengendali darah agar tidak bergolak
4.Mengandung keberkahan
5.Manambah daya hafal
6.Menambah kecerdasan otak.

3.Urutan tanggal dan waktu hijamah seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW :

1.Hari Khamis yang bertepatan dengan tanggal 17, 19 atau 21
2.Hari Isnin atau Selasa yang bertepatan dengan tiga tanggal tersebut
3.Hari Khamis bila-bila masa saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas
4.Hari Isnin dan Selasa bila-bila saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas

4.Hari-hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk melakukan hijamah adalah:
1.Hari Jum’at, Sabtu dan Ahad
2.Hari Rabu, paling keras larangannya

5.Waktu-waktu untuk melakukan hijamah adalah:
1.Pada saat sebelum makan dan minum adalah yang terbaik
2.Boleh pada setiap waktu
3.Ditengah melakukan puasa
4.Pada saat melakukan ihram.

6.Tempat-tempat yang diriwayatkan Rasulullah SAW melakukan hijamah padanya:
1.Kepala (ummul mughits)
2.Leher
3.Tempat di atas pelampung antara dua bahu
4.Tapak kaki bahagian atas
5.Pangkal paha

7.Aneka manfaat dan faedah hijamah:
1.Hadith-hadith Rasulullah SAW di atas menerangkan keutamaan agung dan kadar pentingnya hijamah serta mu’jizat nabawi.
2.Hendaknya seorang muslim ketika melakukan hijamah, berniat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan kemudian demi tujuan kesembuhan.
3.Memohon pertolongan kepada Allah untuk ketenangan urat saraf dan badan menjadi tenang.
4.Hendaknya menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah saat melakukan hijamah
5.Tak ada riwayat sahih dari Rasulullah SAW mengenai pembatasan waktu untuk mengulang hijamah. Demikian pula mengenai tempat yang diperbolehkan hijamah selain 5 tempat di atas. Hal ini sebaiknya dirujuk semula kepada pakarnya.
6.Perintah melakukan hijamah adalah umum untuk lelaki dan wanita juga anak-anak.

Berikhtiar untuk sembuh dari sakit juga adalah salah satu jalan ibadah. Namun, kesembuhan yang MUTLAK hanyalah datang dari ALLAH S.W.T semata-mata.

Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.

WALLAHUALAM.

Tuesday, August 7, 2012

Membersih Kuali sama seperti Membersih Hati

Assalamu’alaikum wwt.


Ada satu masa aku berkesempatan membersihkan kuali yang selalu keluargaku gunakan sehari-hari. Mungkin kerana kesibukan kerja atau tiada masa barangkali, kuali tersebut hanya dibasuh ala kadar sahaja. Jadinya, terdapat banyak kesan hitam di permukaan malah lebih banyak tompokan hitam di bawah permukaan kuali ( buntut kuali).
Pada ketika itu tergerak di hati aku untuk membersihkan kuali tersebut sehingga berkilat. Lalu kuambil penggosok periuk dan serbuk pencuci. Apa lagi, dengan bersungguh-sungguh aku menyental dengan penggosok dawai tersebut.. Wah, memang degil sungguh kotoran tersebut! Tidak cukup dengan penggosok dawai tersebut, aku ambil pisau dan mengikis kerak hitam yang degil itu...apa lagi, berkeping-keping kerak tersebut jatuh dan tertanggal.
Serentak dengan itu, terdetik di hatiku beginilah agaknya caranya  untuk mencuci kekotoran dan karat hitam akibat dosa di dalam hati. Jika hati dibiarkan kotor dek dosa dan maksiat zahir dan batin, tidak mustahil akan ada kekotoran maknawiah (seni) yang melekat di hati. Maka, tidak boleh tidak hati tersebut perlu dicuci, perlu digosok dan perlu dikikis dengan alat pencuci yang berkesan.  Jikalau dicuci sambil lewa sahaja nescaya kotoran tidak akan mudah tanggal.


Maksudnya, begitulah kaedahnya jika kita hendak membersihkan hati.. perlu kepada usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh. Serbuk pencuci hati ialah dengan zikrullah (ingat Allah) setiap masa dan ketika, baik ketika tidur mahupun jaga. Zikir perlu dilakukan dengan setiap helaan turun naik nafas kerana selagi bernafas, selagi itu kita hidup. Disamping itu, perlu juga mujahadah seperti menahan hawa nafsu disamping perlu kepada bimbingan guru yang mursyid lagi murabbi.

Sekian sahaja coretanku pada kali ini. Muga berjumpa lagi.
Terima kasih kerana sudi menjadi peminat setia blog saya.

Wednesday, August 1, 2012

Penawar Kanser Dari Ayat-Ayat Al-Quran

Assalamu’alaikum wwt.

Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman..":QS Al-Israk:82
Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja.

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.



Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1)

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2)

Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)



Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan

Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.