Assalamu’alaikum wwt.
Ada satu masa aku berkesempatan membersihkan kuali yang selalu keluargaku gunakan sehari-hari. Mungkin kerana kesibukan kerja atau tiada masa barangkali, kuali tersebut hanya dibasuh ala kadar sahaja. Jadinya, terdapat banyak kesan hitam di permukaan malah lebih banyak tompokan hitam di bawah permukaan kuali ( buntut kuali).
Pada ketika itu tergerak di hati aku untuk membersihkan kuali tersebut sehingga berkilat. Lalu kuambil penggosok periuk dan serbuk pencuci. Apa lagi, dengan bersungguh-sungguh aku menyental dengan penggosok dawai tersebut.. Wah, memang degil sungguh kotoran tersebut! Tidak cukup dengan penggosok dawai tersebut, aku ambil pisau dan mengikis kerak hitam yang degil itu...apa lagi, berkeping-keping kerak tersebut jatuh dan tertanggal.
Serentak dengan itu, terdetik di hatiku beginilah agaknya caranya untuk mencuci kekotoran dan karat hitam akibat dosa di dalam hati. Jika hati dibiarkan kotor dek dosa dan maksiat zahir dan batin, tidak mustahil akan ada kekotoran maknawiah (seni) yang melekat di hati. Maka, tidak boleh tidak hati tersebut perlu dicuci, perlu digosok dan perlu dikikis dengan alat pencuci yang berkesan. Jikalau dicuci sambil lewa sahaja nescaya kotoran tidak akan mudah tanggal.
Maksudnya, begitulah kaedahnya jika kita hendak membersihkan hati.. perlu kepada usaha dan tindakan yang bersungguh-sungguh. Serbuk pencuci hati ialah dengan zikrullah (ingat Allah) setiap masa dan ketika, baik ketika tidur mahupun jaga. Zikir perlu dilakukan dengan setiap helaan turun naik nafas kerana selagi bernafas, selagi itu kita hidup. Disamping itu, perlu juga mujahadah seperti menahan hawa nafsu disamping perlu kepada bimbingan guru yang mursyid lagi murabbi.
Sekian sahaja coretanku pada kali ini. Muga berjumpa lagi.
Terima kasih kerana sudi menjadi peminat setia blog saya.
No comments:
Post a Comment