Gambar hiasan |
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.Gejala:
Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
Diagnosis:
Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.
Kaedah Rawatan Menggunakan bahan dan doa:
Bahan 1:
Buah petola (ketola) muda yang sederhana besarnya.
Kaedah:
- Potong kepalanya dan buang semua bijinya kemudian masukkan gula batu di dalamnya, dan tutup semula kepalanya dengan pin (seperti batang mancis atau lidi).
- Bakar dengan api yang sederhana besarnya dengan meletakkan alas (seperti tutup periuk) di bawahnya sehingga masak buahnya dan gula batu menjadi cair.
- Perah dan minum airnya ketika suam pada waktu pagi dan petang.
<<<<<< BOLEH JUGA GUNAKAN BAHAN KE-2 YANG BERIKUT >>>>>>
Bahan 2:
Sediakan madu lebah asli yang dicampur dengan tiga titik getah buah betik.
Madu lebah asli |
Betik (diambil getahnya) |
Kaedah:
- Bagi orang dewasa, bahan yang diperlukan ialah satu sudu besar madu dan 4 atau 5 titik getah buah betik.
- Campurkan madu dengan getah betik tadi, dan diberi minum. Setelah itu, minumlah air yang telah didoakan.
- Untuk merawat kanak-kanak hanya 2 titik getah betik diperlukan.
- Beri makan pesakit pada waktu malam sahaja.
- Bekalkan air yang didoakan untuk diminum sekiranya pesakit tidak dapat tidur.
<<<< BOLEH JUGA GUNAKAN BAHAN KE-3 YANG BERIKUT >>>>
Bahan 3:
Anak burung ciak rumah yang telah disembelih dan dijadikan sup.
Burung Ciak |
Kaedah:
- Beri sup termasuk daging dan tulang burung kepada pesakit.
Doa :
- Surah Al-Fatihah
- Selawat Syifa’
- Doa Kesembuhan penyakit. 7 x
Doa kesembuhan Penyakit |
Sekian, mudah-mudahan bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukannya.....
Sumber ilmu:
Tuan Guru Dr. Haron Din (Darussyifa)
No comments:
Post a Comment