Follow by Email

Wednesday, September 28, 2011

Hikmah Ayat Pemecah

Salam hormat dan salam persaudaraan,

Apabila berdepan dengan pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit, lazimnya sebagai perawat Islam yang bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, penggunaan ayat-ayat tertentu yang bersesuaian dengan penyakit akan digunakan.

Bagi pengamal perubatan Islam, sebenarnya apa jua ayat boleh digunakan kerana al-Quran itu sebenarnya merupakan syifa' atau penyembuh. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 82 :

Terjemahann.: "Dan Kami turunkan dari al-Quran (ayat-ayat suci) yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."

Namun dalam beberapa kes tertentu,ada kaedah dan ada ayat yang mujarab jika digunakan,

Tulisan kali ini akan membicarakan satu kaedah / doa yang dinamakan Ayat Pemecah.

.....................................................................................................................................

Menurut guru saya iaitu Ustaz Haron Din, empat ayat terakhir surah al Hasyr (ayat 21 hingga ayat 24)  dinamakan sebagai Ayat Pemecah.


Surah a-Hasyr (ayat 21 - 24)


Sifat pemecah itu dirujuk kepada ayat 21 yang bermaksud:

"Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk terpecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"


Imam Al-Alusi menyatakan bahawa ayat ini merupakan perumpamaan Allah SWT terhadap keagungan al-Quran iaitu gunung yang dilihat begitu gagah tidak mampu menanggung  dan akan terpecah belah jika diturunkan al-Quran kepadanya. Ini sudah cukup memberi peringatan kepada manusia yang hatinya keras tidak mahu tunduk dan khusyuk dalam menerima kebenaran al-Quran. Allah SWT seterusnya membuktikan kebesarannya dengan menyebut beberapa nama-Nya yang merupakan al-Asma' al-Husna.

Insya-Allah, melalui hikmah ayat tersebut...dapat dan sesuai digunakan bagi memecahkan sesuatu yang keras sama ada berbentuk jasmani seperti bisul, bengkak, barah, kanser dan sebagainya atau berbentuk rohani seperti kekerasan jiwa, degil, kebuntuan masalah, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Sebagai satu contoh (bukan membangga diri), sebelum saya berguru dengan Ustaz Haron Din, saya telahpun mewiridkan ayat ini berpandukan pembacaan dari buku. Satu ketika, anak abang ipar saya yang tinggal di Kuala Lumpur telah terkena bisul dan mungkin dibedah. Isteri abang ipar saya telah menelefon saya bertanyakan ikhtiar untuk merawat bisul tersebut. Lantas saya menyuruhnya membaca ayat pemecah tersebut sambil meniupkan pada bisul tersebut. Dengan izin Allah, pada keesokan harinya seperti 'magik', bisul tersebut telah surut dan sembuh..Ini menguatkan lagi keyakinan saya akan kekuasaaan Allah..

Pengajaran :

1.  Gunakan kombinasi ayat yang sesuai bagi sesuatu penyakit. Jangan pula pada kes merawat bisul, kita baca ayat pengasih pula...kan tak kena tu

2.  Belajar sesuatu ilmu biarlah berguru, agar ilmu tersebut menjadi sempurna.  Maklumat daripada buku boleh diambil  sebagai penambah keterangan.

3.  Yang paling penting, mesti Ikhlas, Yakin dan  Redha kepada Allah...

Sekian, semoga berjumpa lagi.

Monday, September 26, 2011

Tolong tengokkan....

Salam sejahtera...

Sering kali apabila merawat penyakit biasa atau pun misteri, ungkapan seperti "tolong tengokkan sakit saya ni" atau "ada berapa jin dalam badan saya ni" dan sebagainya..

Alahai....dalam bab menjawab soalan seperti ini agak serba salah untuk saya menjelaskannya. Soalan seperti ini layak diajukan kepada bomoh yang bersahabat dengan jin saja, kerana mereka mendapat perkhabaran segera.

Saya tidak berani untuk menjawab dan melayan pertanyaan sebegini kerana saya sendiri pun tidak tahu dengan lebih tepat. Kalau saya tahu sekali pun, saya tidak akan menjawab soalan tersebut kerana akan merumitkan keadaan.

Pesakit sebenarnya perlu diberi motivasi dan nasihat yang membina keyakinan mutlak kepada Allah sahaja. Ini kerana apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut perawat (khususnya perawat Islam), pesakit akan meyakini dan mempercayai.

Apa akan jadi pada emosi dan pemikiran pesakit jika kita 'scan' dan mengatakan "dalam badan awak ni ada lima ekor jin tapi saya dah buang empat ekor, tinggal satu lagi yang degil" . Sudah tentu jawapan ini akan meresahkan dan membebankan lagi pesakit. Satu hal lagi dalam bab menarik jin dan dimasukkan ke dalam botol. Selepas itu diperlihatkan pula wajah jin tersebut yang terperangkap di dalam botol tersebut. Tak ke haru jadinya....

Inilah jadinya apabila perawat tidak mendapat kursus dan kefahaman yang tepat akan peranan rawatan secara Islam. Orang merawat dia pun  nak merawat, tapi asas merawat tidak difahami dengan sepenuhnya.

Jadi, perbetulkan niat dan perbanyakkan ilmu  dalam berbakti kepada masyarakat. Ini kerana perawat Islam merupakan kerja fardhu kifayah dalam masyarakat. Sekian...

Komentar:

Belajar sampai pandai, tapi jangan tunjuk pandai.
Belajar ilmu guru, tapi bukan nak jadi guru.

Wednesday, September 21, 2011

Kena berkeras rupanya...

Salam hormat kepada pembaca sekalian,

Bukan mudah rupanya menangani kes kerasukan, lebih-lebih lagi makhluk halus (jin) yang sudah bersarang sekian lama dalam tubuh seseorang. Lebih-lebih lagi yang bertindak agresif. Baru-baru ini, saya diminta membantu menangani kes kerasukan seorang pelajar perempuan di UiTM Jengka.

Bersama seorang ustaz UiTM, saya bergerak ke asrama pelajar tersebut pada pukul 10 malam dan mendapati pelajar tersebut terbaring sambil dipegang oleh beberapa orang rakannya. Seperti biasa saya  meruqyah sambil tangan kanan memegang kepala pesakit, namun reaksi sinis diberikan. Bacaan saya kerap tersasul dek kerana 'dialog merapu' pesakit tersebut. Nampaknya tak boleh jadi ni....kena ubah teknik.

Saya mula mengubah teknik dengan membuat pukulan menggunakan serban sambil membaca ayat azab dan bertakbir berulang kali. Kali ini ternyata jin tersebut merasakan pukulan dan kesakitan...akhirnya mengalah dan meminta saya memandunya keluar. Sebelum keluar, saya minta jin tersebut berjanji dengan nama Allah agar tidak lagi mengggangu pelajar tersebut dan kepada manusia lain.  Alhamdulillah selesai

Kes seperti ini kepada perawat lama (otai), memang dah biasa tetapi bagi saya, inilah yang agak mencabar sedikit...

Pengajaran: 

1. Kita hendaklah selalu meletakkan pergantungan usaha dan ikhtiar hanya kepada Allah semata-mata. Segala gerak digerakkan oleh DIA belaka. Penyembuhan mutlah hanya milik Allah..Jangan  sedikitpun mengaku "aku dah berjaya ubatkan pesakit"

2. Kerja jin @ syaitan hanya hendak menyusah dan menyesatkan anak Adam. Kalau 'dia' suka sekalipun kepada manusia, dia  tiada hak untuk mendiami jasad anak Adam.

3.  Manusia haruslah selalu mempersiapkan diri dengan amalan dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk membenteng diri dari diperkudakan oleh makhluk halus jin @ syaitan.

Sekian.

Sunday, September 18, 2011

Guru Mursyid : Adab sewaktu menuntut ilmu daripadanya

Assalamu'alaikum w.w.t

Berbahagialah bagi sesiapa yang diberi izin oleh Allah untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan guru mursyid. Barangsiapa berjumpa dengan guru mursyid seolah-oleh memperoleh harta yang tidak ternilai di dunia dan di akhirat.

Fokus ilmu di sini ialah berkaitan ilmu makrifat dan rohani. Apabila belajar ilmu dengan guru tersebut maka hendaklah menjaga adab dan tertib agar ilmu tersebut berkesan dan 'berbisa'.

Di sini hamba paparkan serba sedikit petua adab berguru ilmu makrifat dan rohani sebagaimana yang pernah hamba tuntut dahulu, mudah-mudahan berguna kepada kita yang sentiasa dahagakan bimbingan dan asuhan daripada guru mursyid.

Adab waktu belajar (ilmu makrifat dan rohani):



1.  Pakaian hendaklah lengkap dan bersih
2.  Ada wudhu' @ air sembahyang
3.  Dengar dengan teliti kata-kata guru yang menyampaikan rahsia-rahsia Allah
     (hadir roh-roh wali dan malaikat)
4.  Hendaklah memakai wangi-wangian
5.  Hendaklah duduk dengan sopan dan tertib
6.  Guru itu bertalian dengan Rasulullah SAW
7.  Sebut dalam hati sesudah mendapat sesuatu 'mutiara berharga' (Syukur kepada Allah)
     kerana apa yang  keluar bukan dikarang oleh guru.
8.  Sesudah belajar hendaklah selalu ucap 'istighfar' (mohon ampun)
     dan fahamkan apa yang dipelajari.

"Barang siapa di dunia ini sudah buta (mata hati), maka di akhiratnya pun akan lebih buta (mata hati dan sesat jalannya" (Bani Israil:72)

Carilah guru mursyid untuk menyuluh dan membuka mata hati agar tidak sesat di dunia dan di akhirat.
Sekian untuk perkongsian kali ini. 

Thursday, September 15, 2011

Petua Pemakanan Nabi

Salam Sejahtera buat pembaca budiman.

Info kali ini saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai beberapa petua anjuran Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan. Andainya kita tidak menghiraukan petua-petua tersebut, maka mudahlah kita diserang penyakit... Bila dah kena sakit, maka kelam kabut kita mencari ubatnya..maka duit pun turut melayang.

Selamat membaca dan mempraktiknya dalam kehidupan....

Petua untuk mengelakkan sakit perut.


Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hidupnya. Rasulullah bersabda, mafhumnya :
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU 




Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan melalui amalan berikut:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Jangan makan terlalu banyak:

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad SAW ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Utamakan makanan lembut:

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Petua minum air:

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Jangan mencela makanan:

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”


Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”
 
Sekian untuk kali ini...Jumpa lagi

Wednesday, September 14, 2011

Mulia Manusia kerana Adanya Ruh

Para pembaca yang dihormati,

Ingatlah  bahawa pada diri manusia itu terkandung rahsia yang hebat iaitu roh. Tanpa roh, jasad tak dapat hidup. Roh itu menghidupkan jasad...tetapi berapa ramai antara kita yang mengenal ruh dengan sebenar-benar kenal. Ruh itulah hakikat insan.

Manusia mempunyai amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu membesar dan mengesakan Allah s.w.t. dan diperintahkan supaya mencari jalan bagaimana untuk kembali kepada Penciptanya iaitu Allah dan Allah s.w.t telah menunjukkan jalannya bagaimana manusia itu mampu kembali kepadaNya. Oleh kerana itu manusia telah diperintahkan supaya beramal kepadaNya sebagaimana dalam firmanNya di dalam Al Quran:
Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah (kepada Ku).

Roh tanpa jasad ia tidak akan dapat beramal. Amalan dapat dizahirkan apabila adanya jasad. Jasad tanpa roh adalah mati, roh tanpa jasad tidak akan dapat beramal. Maknanya disini, rohlah yang menghidupkan jasad, bergerak roh maka bergeraklah jasad, apa-apa juga perbuatan oleh jasad adalah datangnya dari perbuatan roh. (mungkin agak sukar difahami bagi segelintir orang)

Pembangunan jasad mengikut usianya. Semakin lanjut umurnya maka semakin dewasalah jasad. Jasad memerlukan makanan untuk pembesarannya dan makanan yang diambil bagi tujuan ini adalah merupakan sesuatu yang mudah rosak dan tidak bertahan lama, maka apa yang terjadi pada jasad juga mudah rosak dan tidak tahan lama. Akhirnya apabila jasad menjadi tua ia akan memasuki tahap menanti kematian. Tetapi ini tidak berlaku kepada roh. Roh akan sentiasa berkeadaan muda dan tidak memerlukan makanan seperti yang diperlukan oleh jasad. Walaupun begitu, makanan roh adalah berbeza,  kerana ia berkehendakkan sesuatu yang halus dan seni untuk pembangunannya. Dengan kata lain roh adalah pemerintah yang memerintahkan jasad untuk melakukan sesuatu yang dikehendakinya. Apa yang diperintahkan oleh roh maka jasad akan melaksanakannya.

Sebenarnya roh diutuskan dalam jasad adalah untuk beribadah kepada Allah, sebagaimana dalam surah yang dinyatakan sebelum ini, walaubagaimana pun apabila roh turun ke bumi dalam jasad, roh telah terpesona dan tertipu dengan apa yang ada di bumi yang mana menyebabkan ia lupa akan janjinya kepada Allah s.w.t iaitu beribadah kepada Nya. Roh akan lebih jauh tertipu dengan adanya bisikan daripada manusia dan jin sebagaimana peringatan yang diberkan oleh Allah dalam surah An Naas ayat 4-6 :
'Dari kejahatan pembisik, penghasut (syaitan) yang mengendap, Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia, Dari kalangan jin dan manusia'.

Inilah yang membezakan antara manusia dengan haiwan, dimana haiwan tidak pernah dihasut oleh syaitan dan hanya mempunyai jasad dan naluri, bukannya roh. Walaubagaimana pun, kekuatan roh dan jasad manusia adalah bergantung kepada kekuatan  NAFAS. Kuatnya NAFAS itu maka kuatlah ikatan antara jasad dan roh. Nafas juga digelar rahsia Insan. Ada pecahannya lagi....

Dalam hal ini manusia selalunya lupa akan anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya. Segala apa yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya tidak dijaga seperti yang sepatutnya, malah ia lupa akan tanggungjawab yang ada padanya. Akal dan fikiran yang diberi oleh Allah s.w.t. digunakan hanya untuk keduniaan dan sedikit saja yang dapat menggunakannya ke jalan yang HAQ.

Sunday, September 11, 2011

Bahan Rawatan Anjuran Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum w.w.t

Selain penggunaan air sebagai bahan rawatan utama, terdapat pelbagai  bahan lain  yang perlu malah sangat dianjurkan penggunaannya untuk merawat penyakit.

Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan ubat seperti yang disarankan oleh Rasululllah s.a.w adalah seperti berikut:

1.     Madu lebah
2.     Habbatus Sauda' (JIntan Hitam)
3.     Kurma 'Ajwah
4.     Daun Bidara
5.     Daun Inai

Madu Lebah:

Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran bahawa salah satu ubat atau penawar yang sangat bermanfaat kepada manusia ialah madu lebah. Madu lebah mempunyai banyak khasiat dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit manusia.

Firman Allah  pada ayat 69 surah an-Nahl (maksudnya) "...(dengan itu) akan keluarlah dalam badannya (lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit)..."

Amalkan selalu penggunaan madu dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya jangan putus bekalan madu lebah di dalam rumah. Tetapi awas...carilah madu lebah asli. Biar mahal sedikit asalkan power..


Habbatus Sauda' (JIntan Hitam):

Rasulullah SAW menyatakan bahawa habbatus Sauda' adalah penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Aisyah RA menceritakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW besabda (maksudnya):
"Sesungguhnya habbatus sauda' (jintan hitam) adalah penawar bagi segala penyakit kecuali as-Sam." Aku (Aisyah RA) bertanya: "Apakah itu as-Sam." Sabda Nabi SAW: "as-Sam itu adalah al-Maut (yakni mati).

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh para doktor dan saintis, khasiat yang ada pada habbatus sauda' adalah sangat banyak dan oleh membantu untuk merawat pelbagai penyakit seperti asma, barah, meningkatkan daya ketahanan badan, menjadi antibodi dal pelbagai lagi.


Kurma 'Ajwah

Kurma ajwah bukan sebarangan kurma, kerana kurma ini dikenal juga dengan panggilan kurma nabi. Harganya pun boleh tahan...

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya memakan buah kurma 'ajwah setiap hari sebanyak 7 biji bagi mengelakkan daripada terkena sihir dan racun pada hari tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saad bin abi Waqqas RA: (maksudnya)
"Sesiapa yang ketika waktu pagi pada setiap hari dia makan tamar-tamar 'ajwah, tidak akan memudaratkannya sebarang racun dan sihir pada hari tersebut sehingga waktu malam".


Daun Bidara:

Daun Bidara secara khususnya digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.

Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam menangani masalah orang yang terkena sihir.

Dalil penggunaan daun bidara ini disebutkan oleh Abu al-Hasan Ali ibn Khalaf atau dikenali IbnuBattal al-Maliki yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari. Beliau menukilkan kata-kata Wahab Ibn Munabbih. (Terjemahan):
(Hendaklah) dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan Ayat Kursi, 3 Qul atau 4 Qul, kemudian dihirup (meneguk) tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkanapa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah. Kaedah ini baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir).

Dalam contoh yang lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat, selain dimandikan dengan air yang bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran iar dengan daun bidara. Ini menunjukkan bahawa terdapat khasiat yang khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.


Daun Inai:

Penggunaan daun inai khusus untuk merawat rambut beruban.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Dhar al-Ghifari RA: (maksudnya)
"Sesungguhnya sebaik-baik bahan yang boleh (digunakan) untuk merubah warna uban ialah inai dan al-Katam (sejenis herba) yang dicampur dengan inai untuk mewarnakan rambut.




Sekian, Selamat berubat. Cegah sebelum parah. Ikhtiar dan bertawakkal..

Saturday, September 10, 2011

Penawar dan Bisa

Salam pertemuan..dan salam syawal.

Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana kekangan masa dan kerja. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk menghabiskan puasa 6 hari dalam bulan syawal secara berturut-turut. Syukur juga kerana diberi izin oleh-Nya untuk istiqomah dalam beramal.

Tulisan kali ini saya akan membicarakan mengenai 'Penawar' dan 'Bisa'. Penawar merujuk kepada menawarkan sakit akibat bisa, santau, racun dan sebagainya. Dalam istilah lain penawar juga sebagai  bersifat 'sejuk'. Manakala bisa pula merujuk kepada sesuatu yang menyakitkan seperti bengkak, demam, rasa berdenyut-denyut dan sebagainya..atau dalam istilah lainnya bersifat 'panas'

Keilmuan penawar dan bisa adalah hasil pengamalan  beramal dengan doa Bismillah 7 dan dirangkai dengan doa Bismillah 5.

Insya-Allah...dengan izin-Nya pengamal yang ikhlas beramal dengan amalan Bismillah 7 diberi izin untuk menawarkan segala jenis bisa iaitu bisa gigitan ular, serangga juga bisa sendi-sendi badan dan sebagainya. Tetapi ada masalah atau kesan jika hanya doa ini saja diamalkan.....ada kes, pengamal doa ini apabila menghampiri tempat orang membuat kuih yang menggunakan yis boleh menyebabkan kuih yang menggunakan yis seperti kuih pau atau tapai tidak menjadi. Kuih pau akan kenjadi keras begitu juga dengan tapai.

Untuk mengatasi masalah ini dan supaya orang yang beramal dengan doa Bismillah 7 ini tidak menyusahkan orang, maka untuk 'meneutralkan' penawar yang terlebih power ini, pengamal Bismillah 7 disarankan beramal juga dengan doa Bismillah 5. Kira Bismillah 5 ini semacam 'panas' jugalah.

Sekiranya amalan ini diwiridkan pada waktu tertentu dan istiqomah pula disamping niat yang ikhlas dan yakin maka berhati-hatilah akan kesannya...Saya ada satu pengalaman yang agak mendebarkan ...jangan sesekali bertindak diluar kawalan atau dalam keadaan marah lantas ringan saja tangan menampar objek bernyawa (orang), maka kesannya objek yang ditampar itu akan demam, bengkak dan tidak bermaya..kasihan dan panik juga. Amacam jika objek tersebut ialah anak kita??? Saya dah kena dah...lalu cepat-cepat saya mohon pada Allah agar diberi penawar (maaf, tak boleh ajar disini).

Kesimpulannya dalam amalan Bismillah 7 dan Bismillah ada penawar dan ada bisa. Bergantung pada niat dan emosi ketika menggunakannya. Jika tenang jadi penawar...dan jika beremosi akan menjadi bisa. Atau jika terasa sejuk akan jadi penawar dan jika terasa panas akan jadi bisa....Jadi berhati-hatilah..

Berkenaan dengan doa Bismillah 7 dan Bismillah 5 saya tidak berhasrat untuk memaparkan di sini. Para pembaca bolehlah bertanya kepada orang yang arif atau bertemu secara bertentang mata dengan guru. Kalau lain kali saya tergerak hati untuk memaparkan doa tersebut, insya-Allah akan saya paparkan..

Sekian untuk perkongsian ilmu kali ini. Ingatlah khazanah ilmu perubatan Islam tersangat banyak. Cari dan galilah selagi terdaya.

Tuesday, September 6, 2011

Frekuensi Hantu


Ala..lagi-lagi cerita fasal hantu. Tak habis-habis cerita hantu.  Best sangat ke cerita hantu?  Cuba kita bersantai di depan televisyen dan bukalah saluran  apapun, pasti ada cerita fasal hantu..Ada bermacam-macam jodol cerita hantu.

Persoalannya, apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh pengeluar cerita hantu ni? Nak jadi hiburan ke atau nak takut-takutkan orang? Saya rasa tiada manfaat langsung cerita ini diperbesar-besarkan. Silap haribulan, akidah kita boleh terpesong.

Untuk tulisan kali ini, saya akan membawa skop perbincangan hantu dari segi saintifik. Artikel  ini saya simpan agak lama dalam komputer saya yang di 'copy' dari  internet. (maaf, sumbernya saya sudah lupa). Ikuti seterusnya....

--------------------------------------------------------------------------------------
AWAS! BENAR ATAU TIDAK
terpulang kepada anda untuk membacanya.

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.

Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.

Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai Drakula dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan.

Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.

Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.

Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam. Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesn oleh organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.

Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.
Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.

Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.

Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.

Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.

Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.

Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran Tenaga Asing
Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.