Assalamu’alaikum wwt.
Untuk tulisan kali ini saya terpanggil untuk mengupas berkenaan TENAGA JIWA.
Apa itu tenaga jiwa?
kuasa jiwa dikaitkan dengan mind |
Sebenarnya bukanlah anggota kasar atau jasmani kita ini sahaja yang ada tenaga atau kekuatan. Disamping tenaga badan ini, ada tenaga atau kekuatan jiwa atau mind power. Tenaga ini, masih belum banyak diketahui oleh manusia. Para pengkaji jiwa atau ahli psikologi barat memang giat mengkaji, menyelidik, dan membuat percubaan tentang tenaga jiwa ini. Banyak hasil yang mereka dapat. Walau bagaimanapun, yang telah diperolehi masih sekelumit dan segelintir sahaja. Masih banyak dan luas lagi yang belum diterokai. Memang kajian tentang Jiwa ini amat luas dan dalam. Apa yang telah kita dapat adalah sebahagian kecil sahaja. Sekarang terpulanglah kepada kita untuk mengkaji, menyelidik dan membuat percubaan dalam hal tenaga jiwa (mind) ini.
Banyak perkara yang pelik dan luar biasa boleh dilakukan oleh mereka yang pandai mengawal tenaga jiwa mereka. Orang biasa akan hairan dan kagum dengan perkara luar biasa yang dilakukan oleh mereka yang kuat dan handal tenaga jiwanya. Ini bukan perkara yang asing kepada kita. Orang-orang kita (orang Melayu) memang handal dengan tenaga jiwa ini tetapi mereka tidak mengatakannya tenaga jiwa. Mereka katakan tenaga batin atau tenaga ghaib. Pada hal itu semuanya adalah tenaga jiwa juga. Mungkin orang-orang yang tidak tahu tentang tenaga jiwa, mengatakan itu tenaga jin, tenaga dan sebagainya. Tidakkah mereka tahu bahawa mereka itu sendiri ada tenaga atau kekuatan? Kekuatan jin dan syaitan memang ada, tetapi kita tidak mahu tenaga tersebut kerana menyesatkan. Sebenarnya, manusia itu sendiri adalah khalifah yang diutuskan oleh Allah untuk mentadbir alam ini. Kita ada tenaga roh atau tenaga jiwa kita sendiri. Marilah kita olah dan pergunakan tenaga tersebut kerana tenaga jiawa itu lebih hebat dan handal dari jin dan syaitan.
· Tahukah saudara bahawa manusia itu paling tinggi darjatnya di sisi Allah?
· Tahukah saudara bahawa semua yang dilangit dan di bumi ini untuk kita?
· Tahukah saudara bahawa pada diri manusia itu ada tenaga terpendam yang maha gagah?
Ayuh....marilah kita gerakkan tenaga ini. Kawal dan gunakan tenaga ini dengan sebaik-baiknya dalam keredhaan Allah swt. Sebenarnya tenaga ini lebih hebat dan lebih handal dari tenaga jasmani. Bahkan tidak terlintas oleh kita akan kekuatannya. Ahli-ahli sains di Barat yang mengkaji hal ini telah mengakuinya.
Bidang fizikal sudah banyak diterokai orang, tetapi bidang jiwa atau ruhaniah masih sedikit kajiannya. Marilah kita semua terokai bidang yang hebat dan luas ini. Saya sendiri pun masih meneroka tenaga jiwa ini dan memperhalus dengan penggunaan ayat-ayat suci al-Quran. Hakikatnya, banyak ilmu warisan ulama silam yang telah meneroka bidang ini. Mungkin kita pernah mendengar ilmu rawatan secara tidur. Dengan kaedah ilmu ini, kita memberi saranan kepada jiwa kita untuk keluar dan merawat punca penyakit dan sudah semestinya kita memohon izin dan panduan daripada Allah.
Mind power |
Oleh itu, tenaga jiwa atau mind bolehlah diistilahkan sebagai fikiran, kerana fikiran itu bersangkutan dengan mind. Boleh juga dikatakan jiwa kerana mind itu hidup. Boleh juga dikatakan akal kerana mind itu yang menimbulkan fikir memikir. Pada pendapat saya, jiwa atau mind ini lebih cenderung kepada ruh iaitu perbendaharaan tersembunyi di dalam tubuh. Sila rujuk tulisan saya berkenaan dengan Ruh di bawah tajuk Catatan Mengenal Diri.
Nantikan sambungannya....
Selamat menyambut Hari Raya Idil Fitri.
Maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment