Assalamu'alaikum w.w.t
Sebaik-baik pekerjaan biarlah dilakukan dengan cermat dan mengikut adab agar pekerjaan tersebut mendapat keberkatan dan kesempurnaan. Begitu juga dalam bab penyediaan bahan untuk rawatan. Sekiranya kita diminta menyediakan bahan rawatan bagi penyakit tertentu, maka petua berikut boleh kita gunakan.
Petua Penting Persediaan Bahan Ubat
1. Memberi salam kepada Nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; " Assalammu'alaikum wahai Nabi Ilyas, aku hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit......(sebut nama penyakit) yang dihidapi oleh.....(sebut nama pesakit)”
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut 3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Sama ada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka'abah (anti clock wise).
Contoh bahan:
Daun bidara
Kegunaan : Rawatan gangguan sihir
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci
Jenis-jenis Air untuk Rawatan
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi 6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci
Sekian untuk perkongsia pertama ini. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment