Assalamu'alaikum w.w.t
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w,
Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya dapat saya meluangkan masa merekacipta blog yang tidak sepertinya ini.
Tujuan utama saya hanyalah untuk berkongsi ilmu yang diberi oleh Allah s.w.t khususnya menyahut seruan fardhu kifayah dalam bidang Perubatan Islam. Rasanya tidak molek jika ilmu yang dipelajari disimpan begitu saja tanpa dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Buat masa ini ,saya merawat secara sambilan sahaja disekitar kawasan Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Saya bukan mengejar 'glamour' ataupun wang ringgit. Terpancar rasa kepuasan dan merasakan keagungan Allah jika pesakit yang saya rawat sembuh dengan izin Allah.
Ilmu rawatan Islam yang saya tuntut adalah bersanad dan diambil secara sah berguru dengan Ustaz Haron Din (Darussyifa'), Ustaz Wan Asrul (TIAF), Ustaz Syakirin (RIDAM) dan sebagainya. Disamping itu pengukuhan dalam bidang ilmu sufi sangat penting bagi memurnikan akidah dan segala amalan zahir dan batin. Guru sufi saya ialah Abu Bakar (Pak Ngah) dan Raden Sri Mahawangsa.
Sekian untuk permulaan coretan saya. InsyaAllah kita bertemu lagi......
No comments:
Post a Comment