Assalamu'alaikum w.w.t
Tidak boleh tidak, dalam setiap amalan kita, mesti bertunjang kepada tiga perkara asas iaitu :
1. IKHLAS
2. YAKIN
3. REDHA
Mengapa saya berkata begitu???
Sebabnya mudah....setiap amalan yang kita lakukan mesti diawali dengan IKHLAS kerana Allah. Bukan kerana yang lain... kerana Allah semata-mata. Apabila hakikat ikhlas ini tertanam dan terhunjam ke dalam hati, maka segala gerak dan perlakuan kita diterima olehNya. Umpamanya, ketika merawat pesakit....kita merawat kerana Allah, bukan kerana hendakkan pujian atau dikenali sebagai perawat hebat.. Jadi, pentingnya kita betulkan niat kita terlebih dahulu..
Apabila keikhlasan sudah terpancar dari lubuk hati, maka tanamkan pula YAKIN kepada kekuasaan Allah. Bukan senang hendak mendapat maqam yakin ini.. Kuncinya hendaklah kita nafikan segala sifat maani yang tujuh iaitu Hayat, Qudrat, Iradat, Sama', Basar, Qalam dan Ilmu berpulang kepada Allah semata-mata. Kita ini ibarat 'kosong'..Yang berkuasa adalah Dia. AllahHu.
Seterusnya, hendaklah kita REDHA akan segala ketentuan dariNya. Kita mohon keredhaanNya dalam segala perkara dan redha dengan kehendakNya...
Amin..
No comments:
Post a Comment