Assalamu'alaikum w.w.t
Memang betullah..pencarian ilmu Allah ni tak akan habis. Makin lama belajar, rasa makin tak tahu. Begitu juga dengan bab menggali ilmu perubatan Islam. Ilmu ini berkaitaan dengan mengesakan zat, sifat, asma' dan af'al Allah. Bukan sekadar menghafal bacaan rukyah semata-mata. Perlu difahami, ikhtiar merawat merupakan hak kita sebagai hambanya tetapi yang menyembuhkan adalah Allah. Pegangan hati dan niat adalah penting. Kadang-kadang terbit dari hati kita, bacaan ayat-ayat rukyah boleh menyembuhkan penyakit dan menganggap mudah menangani kes yang sebelumnya kita berjaya tangani.
Sebab itulah ada orang berkata, kalau kita betul-betul pasrah dan yakin kepada Allah, nescaya bacaan Fatehah pun sudah memadai.
Setelah menerima ijazah daripada Ustaz Dato' Haron Din, saya teruskan pencarian dengan Ustaz Wan Asrul dari Terapi Islam Al-Fatah (TIAF). Bersama Ustaz Wan Asrul, saya memperbaiki teknik dan kaedah rawatan Islam. Sebanyak dua siri kursus saya ikuti bersama beliau di Kuantan, iaitu siri Lanjutan dan Pengukuhan. Saya diperkenalkan dengan kaedah rawatan kerohanian warisan ulama silam seperti Kaedah Rawatan Tidur, Bedah Makrifat, Pancaran Asma' dan sebagainya. Di sini saya diajar tatacara sebelum merawat, semasa merawat dan selepas merawat.
Gambar yang sempat di rakam bersama Ustaz Wan Asrul
Kenangan mengikuti kursus bersama Ustaz Syakirin dari Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM) tidak juga saya lupakan. Ustaz Syakin berpengalaman luas dan banyak ilmunya. Salah seorang gurunya ialah pengarang buku Berkelahi dengan Syaitan iaitu Tok Awang Ngah.
Kita perlu berhati-hati mencari guru. Kalau bertemu dengan guru yang mursyid alangkah beruntungnya kita. Carilah ilmu yang boleh mengenal diri dan mengenal Allah...
Sekian, jumpa lagi...Assalamu'alaikum
No comments:
Post a Comment