Sunday, July 17, 2011

Doa Sebagai Kaedah Rawatan

Assalamu'alaikum w.w.t

Kaedah rawatan Islam bertunjangkan kepada kekuatan doa. Orang yang berdoa, perlu berdoa sepenuh hati, penuh yakin serta membulatkan harapan bahawa Allah akan memperkenankan doanya. Terdapat banyak doa yang dipetik darpada  ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, contoh-contoh amalan Rasulullah s.a.w, doa yang dibaca oleh nabi-nabi termasuk doa yang diamalkan oleh para salihin.Bahan utama yang digunakan ialah air, manakala bahan tumbuh-tumbuhan, binatang, sebahagian anggota binatang tertentu, atau keseluruhannya adalah bahan tambahan.

Dalam sebuah hadis, riwayat daripada abu Hurairah, Rasulullah s.aw ada bersabda menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah selain daripada doa. Allah s.w.t menyuruh agar setiap hamba berdoa memohon kepadaNya, dan Dia akan memperkenankannya. Allah s.w.t juga menyuruh agar setiap hambaNya berdoa dengan rasa rendah diri, denga suara lembut dan yang utamanya ikhlas.

No comments:

Post a Comment