Assalamu’alaikum w.w.t
Kaedah rawatan yang saya pelajari adalah menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini:
"Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)".
Doa-doa tersebut haruslah selalu diamalkan sehingga sebati menjadi darah daging. Mengikut istilah moden sehingga mewujudkan ‘aura’ atau terasa tenaganya mengalir di dalam diri. Yang penting ialah niat menggunakannya.
Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.
Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

Ini bermaksud bahawa setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada penyakit HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.
Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.
Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Dadah hanya boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah buruk.

No comments:
Post a Comment