Setiap manusia tidak sunyi daripada ditimpa sakit. Cuma kadar sakitnya berbeza iaitu ada sakit yang ringan dan ada juga sakit yang berat. Kalau sakitnya ringan seperti terkena selsema maka mudahlah cara merawatnya. Bagaimana jika terkena sakit yang berat seperti serangan stroke (angin ahmar) sehingga terlantar lesu tidak bermaya??? Tentu sukar untuk dibayangkan...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mari kita lihat sakit dari sudut yang berikut:
1. Sudut pandangan agama
Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.
Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

2. Sudut pandangan zahir
Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.
Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.

Jadi...bagaimana adab yang seharusnya kita pamerkan jika ditimpa sakit ???
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment