Wednesday, July 27, 2011

Gangguan misteri

Assalamu'alaikum w.w.t

Pelbagai pengalaman telah saya tempuh dalam merawat penyakit. Ada penyakit fizikal mahupun penyakit misteri / dalaman. Ada juga yang berhajat untuk 'pagar rumah' dan sebagainya. Ada usaha tersebut yang berjaya ditangani dan ada juga yang gagal. Semuanya dengan kehendak dan izinNya belaka.

Kalau sakit fizikal seelok-eloknya berubatlah dahulu di hospital. Dapatkan dahulu diognosis penyakit  tersebut. Selepas itu jika hendak berubat secara rawatan Islam maka mudahlah ikhtiarnya. Contohnya, penyakit barah dan kanser, ada cara rawatannya yang tersendiri. Dalam kuliah perubatan Darussyifa, sangat menekankan agar perawat mahir dalam penyediaan bahan rawatan dan doa yang berkaitan.

Itu berkaitan dengan penyakit fizikal, yang nampak dan jelas simptonnya. Bagaimana dengan penyakit misteri yang tidak nampak? Ini juga berkaitan dengan masalah kejiwaan. Bahkan lebih parah melibatkan gangguan jin-jin dan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyakitkan anak adam.

Ada kes saya berhadapan dengan pesakit yang sentiasa rasa resah, tak boleh tidur malam, takut tidak bersebab, mimpi yang pelik-pelik, badan rasa panas semacam, suka marah-marah dan sebagainya.
Pada pengamatan saya, kes-kes seperti ini melibatkan gangguan makhluk halus. Bila mendengar mereka bercerita tentang sakitnya, rasa kasihan pula. Sebagai perawat,  inilah masa dan ruang untuk saya berdakwah tentang hikmah turunnya penyakit. Kalau nak baca kitab agama atau mengajar di surau@ masjid saya tak pandai...

Baru-baru ini (petang 25/7/11), saya dipanggil untuk merawat jiran yang sakit kepala . Beliau tak boleh tidur dan terlantar saja. Seperti biasa, saya letakkan tangan kanan di kepalanya dan tangan kiri memegang botol air mineral. Saya mula meruqyah dengan ayat-ayat suci yang diijazahkan. Reaksi pesakit mula ketara...sekejap kepalanya sakit, lepas itu setiap sendi-sendinya pula sakit. Beliau mula meronta dengan kuat. suspens juga saya.  Tapi saya tetap meneruskan bacaan ruqyah tanpa memberi peluang untuk 'gangguan' itu bersuara.  Saya berpesan kepada isterinya untuk membalut kepalanya dengan tuala berisi air ruqyah, memberi minum air tersebut dan memandikannya.

Saya ingatkan keadannya dah okey, tapi malamnya sakit kepala beliau bertambah teruk. Isterinya dah mengelabah. Akhirnya, saya bersama isterinya menghantar beliau ke wad kecemasan Bandar Jengka. Takut-takut ada penyakit lain selain bimbang urat kepalanya 'putus'. Di wad kecemasan, saya memberi rawatan ringkas dan memeriksa 'point' di setiap sendi. Memang ada benda yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam badannya...picit sendi kaki, berpindah ke sendi tangan dan sebagainya. Malam itu beliau ditahan di wad, masuk air. Saya berpesan kepada isterinya agar memberi minum air yang diruqyah.  Nampaknya, saya terpaksa merawat secara jarak jauh pula (bayangkan pesakit ada di depan).

Esoknya, keadaan pesakit bertambah sihat. Saya memberi nasihat kepadanya agar sentiasa berhati-hati terutama apabila masuk ke dalam hutan dan sebagainya. Zikir kepada Allah jangan sesekali dilupakan terutama dalam setiap masuk dan keluar nafas (zikir nafas). Alhamdulillah, baru tadi isterinya menghantar mesej bahawa suaminya dah sihat....terima kasih.

Jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment