Assalamu'alaikum w.w.t
Kadang-kadang terfikir juga..mengapa boleh memilih bidang rawatan Islam? Mengapa tidak bidang lain....
Orang nak merawat mengikut kaedah perubatan Islam sudah tentu dari kalangan lepasan sekolah agama atau bergelar ustaz atau ustazah? Lagipun siapalah kita...lepasan dari sekolah biasa.
Kisah awalnya bermula apabila niat belajar adalah untuk rawatan diri sendiri dan keluarga sahaja. Lagipun niat untuk berguru dengan Ustaz Harun Din memang telah lama. 'Pucuk dicita ulam mendatang' apabila kursus /kuliah perubatan Darussyifa' akan diadakan di Kuantan (tahun 2009). Maka, tanpa berlengah saya mendaftarkan diri untuk belajar. Agak lama juga saya berulang alik dari Jengka ke Kuantan (Masjid Kipsas) mendalami ilmu ini. Kuliah ini merupakan kumpulan pertama diadakan di Negeri Pahang. Nampaknya wakil dari Jengka cuma dua orang iaitu saya dan sahabat dari Jengka 6 (dah meninggal).
Selepas tamat belajar, nak merawat orang pun tak berapa yakin...maklumlah masih baru. Rakan-rakan di Kuantan diketuai oleh Ustaz Mustafa Kamal dah membuka pusat rawatan. Nampaknya niat nak merawat bersama-sama sering tidak kesampaian, jadi praktik secara 'solo' ajela.
Apa pun saya tidak kisah... yang penting kita mesti berpegang pada tiga perkara/prinsip iaitu mesti IKHLAS, YAKIN dan REDHA. (sepeti yang saya sebutkan sebelum ini).
Alhamdulillah...ada antara pesakit yang sembuh dengan izin Allah. Pada saya...itu antara tanda doa saya dimakbulkan oleh Allah..alhamdulillah.
Sekian untuk kali ini...jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment