Sunday, August 14, 2011

Ucapan dengan lidah dan hati


Assalamu'alaikum w.w.t

Tulisan kali ini berkisar mengenai ucapan yang disertai dengan lidah dan hati dalam membicarakan ilmu, khususnya ilmu hakikat. Pokok kebaikan adalah datang dari hati. Apa yang dituturkan melalui lidahnya adalah cerminan dari dalam dirinya iaitu hati. Kadangkala ada orang yang banyak berkata-kata tetapi isinya tiada. Kadangkala ada yang sedikit berkata-kata tetapi..... (teruskan membaca) 
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Syaikh Ahmad bin 'Athaillah berkata dalam kitab Hikam "Setiap ucapan yang keluar merupakan pakaian hati yang mengeluarkannya"

Lisan itu sebagai penterjemah hati.  Apabila hati bersih dari perbagai kotoran, suci dari pelbagai keduniaan dan di dalamnya memancarkan cahaya, maka terjemahan lisannya sesuai dengan keadaan hati itu pula. Maka tidak hairanlah lisan itu akan berbicara dengan ucapan yang sesuai dengan cahaya Illahi, yang dapat menembus ke dalam setiap telinga pendengar.  Akibatnya hati para pendengar yang pada mulanya terkunci menjadi terbuka lebar, lalu dengan itu mereka mahu menerima kebaikan.

Jelasnya hati yang bercahaya (mengeluarkan cahaya ketuhanan) akan mengeluarkan ucapan yang bercahaya (baik) pula. Orang yang mendengar ucapan itu akan memasukkannya ke dalam hati dan hati tidak mengingkarinya.

Orang yang diberi izin oleh Allah di dalam menerangkan ilmu hakikat seperti ilmu-ilmu pemberian langsung dari Allah dan ilmu-ilmu pembuka hati, maka dia akan mudah dalam memberikan keterangan, tanpa ada kesukaran dan bahkan lisanya sangat lancar serta selamat dari kekeliruan ucapan. Begitu pula hati para pendengarnya pun cepat dalam menerima keterangan tersebut.

Orang yang belum diberikan izin oleh Allah menerangkan ilmu hakikat adalah mereka yang masih di dalam kegelapan kerana masih melihat kedunaiaan.  orang seperti ini, belum waktunya untuk menerangkan ilmu hakikat. Cahaya ilmunya masih kelihatan suram sehingga keterangannya belum enak didengar bahkan seperti kata pepatah 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'.

Hati itu ibarat bejana (bekas).  Bejana kecil bila di isi air banyak, pasti akan tumpah.  Sebaliknya bejana besar, bila diisi air banyak manapun, pasti akan tertampung terus. Begitulah ibarat hati orang yang masih permulaan di dalam mendalami ilmu hakikat dan orang yang sudah dalam ilmu hakikatnya.

Orang yang masih permulaan berjalan menuju Allah (salik), hatinya masih sempit. Sehingga keterangan-keterangannya merupakan luapan ilmunya yang tak tertampung di dalam hatinya. Dia masih terhalang dalam memberikan keterangan. kalau dia memberikan keterangan buka  dari luapan hatinya, bererti keterangannta itu merupakan pandakwaan yang palsu.

Orang yang sudah mencapai puncak dalam ilmu hakikat, bila memberikan keterangan selalu diarahkan untuk memberi petunjuk kepada murid-muridnya. Ini kerana memang itulah kewajipan mereka kerana ilmunnya yang telah matang dan dalam.  Kalau mereka dalam memberi keterangan bukan untuk memberi petunjuk kepada murid, bererti mereka telah membuka rahsia yang tidak diizinkan.

>>> perhatikan ucapan daripada orang-orang biasa berbanding dengan ucapan daripada guru mursyid lagi murabbi. Ada bezanya...carilah

No comments:

Post a Comment