Assalamu'alaikum w.w.t
Bulan Ramadan atau terkenal dengan nama bulan puasa, merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ini kerana pada bulan puasa, pahala amalan hambaNya dilipatgandakan hingga 700 kali ganda malah lebih daripada itu menurut kehendak Allah.
Pada bulan puasa, zikir @ ingat kepada Allah perlu berterusan, seiring dengan degupan jantung dan setiap helaan turun naik nafas. Walaupun kita bekerja atau berbicara, tetapi hati tetap fokus kepada Allah. Jika kita terlupa pada zikir, nescaya zikir tak akan melupakan kita. Yang penting kena latih...latih dan latih disamping mendapat tunjuk ajar daripada guru muryid. (jangan main hentam saja).
Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah (melalui guru) kerana memberi ilmu yang bernilai buat menjalani hidup di alam ini. Bila kita ada ilmu, ...kita faham, bila faham,... kita amal, bila amal,... ada rasa, dalam rasa,... ada DIA.
Dalam bulan Ramadan ini, sangat dianjurkan agar membaca al-Quran. Saya sebenarnya sedang melatih diri agar istiqamah membaca al-Quran, disamping memahami maknanya. Itu sebabnya saya lambat nak khatam sebab meneliti maksudnya satu persatu melalui buku Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (terbitan Dar Al-Kitab-Malaysia). Saya percaya, biarpun sedikit tetapi harus faham. Kalau baca tak faham maknanya, pun tak mengapa...asalkan jangan tak baca langsung.
Baca Quran ini tak perlu baca banyak-banyak kemudian tinggal...(mungkin kekangan masa, sibuk atau malas). Tetapi yang afdhal ialah biarpun baca sedikit tetapi istiqomah (berterusan). Bukankah istiqomah itu seribu karomah..
Seelok-eloknya berzikir dan membaca Al-Quran perlu seiring. Satu lagi pesan guru saya, jangan tinggal istighfar (minta ampun) dan selawat akan nabi. Seboleh-bolehnya istighfar sebanyak 70 x selepas subuh dan selawat atas nabi sebanyak 40x selepas maghrib. Ini penting sebagai satu wahana (cara) untuk minta kepada Allah agar membersihkan hati kita. Apabila hati bersih, mudahlah memandang kepada Allah. Ibarat cermin yang sudah berkilat (akibat selalu dilap) maka akan memantulkan cahaya yang terang dan dapat menangkap cahaya. (fahamkan...)
Mudah-mudahan Allah memudahkan kita semua untuk kenal kepadaNya dengan sebenar-benar pengenalan.
Jalan ada banyak jalan, jangan tertempuh jalan sesat berliku.
Guru ada banyak guru, jangan berguru dengan guru penipu.
Kena kenal antara kaca dengan permata..
Sekian..muga-muga kita selamat di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment