Sunday, August 28, 2011

Khasiat Minyak Kasturi

Minyak kasturi ada khasiat ke? Apa khasiatnya????

Tulisan kali ini membicarakan mengenai khasiat tersendiri minyak kasturi.

Kasturi pada asalnya terdiri dari tiga warna dan jenis iaitu kasturi putih, kasturi hitam dan kasturi asli (warna kuning). Kasturi asli (warna kuning) diolah lagi di mana bagi menarik perhatian pembeli dan pengguna.

Walauapapun, yang penting ianya haruslah dibuat dari kasturi kerana bau badan Rasulullah dan keluarganya sendiri berbau kasturi. Ini dikuatkan dengan cerita di mana sahabat nabi datang ke rumah cucu rasulullah ketika beberapa purnama baginda wafat, cucunya masih mengenakan bauan haruman kasturi sebagaimana yang rasulullah selalu gunakan.
Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
Baca seterusnya....mudah-mudahan berguna kepada kita.

----------------------------------------------------------------------------------------


KAJIAN ILMUAN ISLAM

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh


Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah::

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.:
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.


Selamat mencuba dan beramal...

Penerangan lanjut, hubungi saya.

No comments:

Post a Comment