-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar hiasan |
Akibat kebiasaan kencing berdiri, seseorang itu akan lebih mudah mengalami lemah syahwat. Ini disebabkan kerana kelenjar otot-otot dan urat-urat halus sekitar zakar menjadi lembik atau kendur, kerana sentiasa adanya sisa air kencing, dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancut. Lain halnya jika cara kencing bertinggung (duduk). Dalam keadaan bertinggung, mudah untuk menekan di antara dua biji telur zakar. Air kencing akan terpancut keluar. Malah dengan cara ini, kekuatan otot di sekitar zakar akan terpelihara.
Kenyataan membuktikan, bahawa orang yang mengidap penyakit batu karang, sama ada batu itu ada dalam pundi-pundi tempat air kencing, atau pada ginjal, pada umumnya adalah bermula dari airkencing yang tertakung dalam pundi-pundi yang tak lepas habis. Endapan demi endapan akhirnya jadilah batu karang. Orang yang mengalaminya bukan sahaja terganggu ketegangan zakarnya, malahan tenaga syahwatnya pun lama kelamaan semakin menurun, akhirnya susunan syarat sekitar zakar yang mengawal ketegangan akan terjejas.
Ibarat bunga yang layu.... |
Ramai sarjana barat yang mengkaji kandungan Al-Quran dan mempraktikkan Islam, mereka akhirnya berpendapat bahawa dalam seseorang mengamalkan ajaran Islam dengan betul, maka akan mendapat empat faedah iaitu:
Pertama : Kesihatan jasmani
Kedua : Kesihatan rohani
Ketiga : Kekuatan batin
Keempat : Kebaikan di sisi Allah s.w.t
Sekian, untuk tulisan kali ini. Waktu berbuka sudah hampir..
No comments:
Post a Comment