Follow by Email

Tuesday, August 9, 2011

Hati-hati dengan Perawat Islam yang Meragukan

Jais serbu pusat rawatan Islam Darul Saka, tahan `Tok Berlagak’, 11 pengikut
July 30, 2011
Tok Belagak dipercayai mengajar kaedah perubatan Islam untuk merawat pesakit saka, sihir dan juga penyakit dalaman menggunakan ayat al-Quran, katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama  Islam Selangor (Jais) hari ini menyerbu sebuah premis di Kota Kemuning di sini,yang dipercayai menganjurkan kursus berkaitan agama Islam tanpa tauliah.
Dalam serbuan 12.15 tengah hari itu Jais menahan seorang lelaki dikenali ‘Tok Belagak’, 46, isterinya dan 11 pengikut.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais Zaaba Zakaria berkata kesemuan mereka dibawa ke pejabat Jais untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan lisan.
Ketika serbuan, kira-kira 50 orang ada di premis dan Tok Belagak sedang menganjurkan kursus asas rawatan Islam Darul Saka yang disertai 36 peserta, katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata semua peserta kursus itu telah diarah hadir ke pejabat Jais untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) iaitu mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
Aduan orang ramai
Katanya serbuan itu dibuat hasil aduan orang ramai mengenai kegiatan ceramah di kawasan tersebut.
Tok Belagak dipercayai mengajar kaedah perubatan Islam untuk merawat pesakit saka, sihir dan juga penyakit dalaman menggunakan ayat al-Quran, katanya.
Zaaba berkata kegiatan itu dipercayai telah dijalankan sejak dua tahun lepas yang mana setiap peserta dikenakan bayaran RM250 sehari.
Katanya Jais juga akan menyiasat sama ada kegiatan itu ada kaitan dengan ajaran sesat.
- Bernama
Komen : Hidup ini tak perlu berlagak. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

2 comments:

Anonymous said...

Memang ya berlagak. . .Sy n ipar duai ada mbawa mentua lelaki ke darul saka kota kemuning tahun lepas tak silap bulan oktober dgn hajat kalau blh dibantu mentua kami tu kut ada saka minta tlg buangkan. . Sampai sana tok belagak ni dok main facebook. Kami tunggu dkt 45 minit. Lps tu mentua pun di bawa ke ruang berubat. Cara berubat beluau ni ialah dgn sembang sembang sembang entah apa2 sampai berjam. Lps tu buka tudung botol tiup puh puh puh dan tutup botol balik. Lps tu dah. Kami pun berpndgn antara satu sama lain. Mcm tu je ke? Hm. . Ok. Kami pun balik. Kesimpulannya ialah buang current lah..mereka masih beroperasi hingga kini.

Anonymous said...

kena update nie...tok belagak telah pun menang kes kerana tuduhan ajaran sesat tu. hope kita dapat mempelajari rawatan islam secara meluas. saya tak cakap tok belagak betul atau salah cuma ilmu Allah tu kan luas...^_^

Post a Comment