Tulisan kali ini saya ingin berkongsi ayat perisai diri / pendinding diri yang mudah iaitu berkaitan ayat al-muawizat atau lebih dikenali sebagai 'TIGA QUL" iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas. Seringkali apabila saya merawat pesakit yang mengalami 'gangguan', saya akan bertanya kepada mereka adakah mereka mengamalkan Tiga Qul ? Ada tu adalah beramal, tetapi petua atau teknik saja yang tak berapa betul............................ baca seterusnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.
Kisah Nabi disihir:
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
Cara beramal surah ini:
- Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
- Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
- Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
- Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
- Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
- Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.
No comments:
Post a Comment