Wednesday, August 24, 2011
Ramadan hampir ke penghujung
Betapa sayu dan hiba rasa hati apabila bulan Ramadan hampir ke penghujung. Sesetengah orang berasa gembira apabila Ramadan berlalu, tetapi bagi saya, terlalu sedih untuk berpisah dengan Ramadan yang datang menyapa cuma sebulan dalam setahun. Ibarat rombongan yang membawa seribu rahmah dan kemesraan beribadah tetapi tinggal beberapa hari lagi rombongan Ramadan ini akan pergi...
Tidak puas rasanya mengisi ruang dalam bulan Ramadan dengan pelbagai ibadah. Perpisahan yang pasti berlaku tidak lama lagi, yang tidak pasti adakah akan bertemu lagi pada tahun hadapan. Entah-entah tahun ini merupakan tahun terakhir bersama Ramadan....tetapi harap-harap akan bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan. Insya-Allah.
Dapat saya rasakan terlalu sedikit ibadah yang saya persembahkan kepada Tuhan. Hanya saya mengharapkan ibadah saya diterima dan dilipatgandakan. Baca al-Quran pun tak sempat khatam kerana kelemahan diri sendiri. Apapun saya bersyukur kerana digerakkan Allah untuk berzikir qolbi iaitu zikir tersembunyi di dalam hati...
No comments:
Post a Comment