Wednesday, August 10, 2011

Besarnya Rahsia Basmallah

Basmallah atau lafaz penuhnya seperti di atas (Bismillahhirrahmannirrahim) memang tidak asing bagi setiap orang Islam. Sejak kecil lagi, kita diajar agar melafazkan basmallah setiap kali akan memulai pekerjaan. Ini kerana pekerjaan yang tidak disertai basmallah tiada keberkatan baginya. Tetapi, tahukah kita akan rahsia di sebalik pengucapan basmallah tersebut?

Lafaz basmallah walaupun ringan di mulut, tetapi rahsia disebaliknya jarang diperkatakan secara terbuka. Tergerak pula di hati saya untuk berkongsi rahsia basmallah setelah saya membelek satu kitab lama dalam simpanan saya baru-baru ini. Kitab tersebut bertajuk "Kitab Pati Rahsia" susunan Haji Nik Mahmud bin Ismail ((Dato' Perdana Menteri Paduka Raja).

Bagi remaja sekarang, kitab seperti ini jarang dijumpai, tambahan pula dalam tulisan jawi. Biarlah selepas ini ucapan basmallah dilafazkan dengan membawa pengertian yang tersendiri...Insyaallah

Sanya Allah S.W.T ada mempunyai 3,000 (Tiga Ribu) nama iaitu:

1.  Sebanyak  1,000  nama > Allah Taala memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja
2.  Sebanyak  1,000  nama > Allah Taala memberi ketahui kepada nabi-nabi sahaja.
3.  Sebanyak     300  nama > ada tersurat di dalam kitab Taurat.
4.  Sebanyak     300  nama > ada tersurat di dalam kitab Injil.
5.  Sebanyak     300  nama > ada tersurat di dalam kitab Zabur.
6.  Sebanyak       99  nama > ada tersurat di dalam Al-Quran.
7.  .........dan          1 nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allah S.W.T .

Sekalian makna nama-nama Allah yang berjumlah 3,000 itu terkandung di dalam ayat :


Bismillahhirrahmanirrahim


...Dan jika siapa-siapa membaca Bismillahhirrahmanirrahim , nescaya mengurnia Allah Taala kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang yang membaca sekalian nama Allah yang 3,000 itu..Masya Allah.

Cukup sekadar ini perkongsian rahsia Basmallah ..sebenarnya ada banyak lagi rahsia-rahsia tersembunyi di dalam Basmallah. Yang penting ..IKHLAS dalam beramal, YAKIN akan kebesaran Allah dan REDHA dengan segala ketentuan Nya.


No comments:

Post a Comment