Assalamu'alaikum w.w.t
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai adab meminta rawatan dari pengamal perubatan Islam. Sering kali saya berdepan dengan sahabat atau kenalan yang sakit tetapi si pesakit tersebut tidak pun meminta untuk di rawat mahupun didoakan. Dalam hal ini takkan saya nak menawarkan @ 'offer' diri untuk merawat walaupun sakitnya Insyaallah boleh diikhtiarkan dan sembuh dengan izin Allah.
Bukannya tidak mahu membantu tetapi bimbang kita akan dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak....malah lebih teruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.
Begitu juga jika ada ahli keluarga atau saudara mara yang sakit, maka biasanya saya akan mendiamkan diri sehinggalah diminta untuk merawat. Hal ini bukan bererti saya sombong atau menyembunyikan ilmu tetapi itulah tradisi yang sebaiknya.
Sekian, jumpa lagi
1 comment:
sama la ayah saya.tak boleh rawat orang kalau orang tak minta.
Post a Comment