Terdapat pelbagai jenis sihir mengikut jenis-jenisnya bagi memenuhi nafsu manusia. Sihir merupakan suatu usaha yang berbentuk pemaksaan secara halus terhadap tujuan pelaksanaanya. Sihir bukan sahaja berlaku ke atas seorang yang teraniaya bahkan mungkin melibatkan ahli keluarga atau orang yang rapat dengannya. Begitu juga halnya, di mana sihir turut diperlakukan ke atas tempat kediaman atau premis-premis perniagaan seperti kedai makan. Tanda-tanda seseorang itu mengalami kesan sihir bergantung kepada jenis sihir yang dikenakan oleh tukang sihir. Berikut dipaparkan beberapa jenis sihir dan tanda-tandanya.
Sihir Pengasih
Tanda-tanda : Terjadi perubahan sikap yang drastik. Contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba. Begitu juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga mengganggu emosi. Lebih parah lagi sihir keinginan seksual yang meluap-luap seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan syarak.
Sihir Pembenci
Tanda-tanda : Timbul rasa benci dan menyampah tanpa sebab yang jelas dan tidak semena-mena. Kalau dahulu kasih kini berubah menjadi benci teramat sangat. Contohnya, seorang lelaki dan wanita yang hampir diijabkabulkan tetapi salah seorang membatalkan perkahwinan tanpa sebab yang munasabah. Ini banyak berlaku dalam masyarakat kita.
Sihir Pemisah
Tanda-tanda: Hampir sama simptonnya dengan sihir pembenci. Biasanya ini berlaku dalam ikatan suami isteri yang hidup harmoni pada awalnya tetapi berubah dengan tiba-tiba menjadi benci. Suami atau isteri akan berasa benci setiap perbuatan yang dilakukan walaupun ianya baik. Kadang-kadang pada pandangan mata salah seorang pasangan suami isteri itu wajah salah seorang itu menjadi buruk dan berserabut malah menakutkan. Contoh lain ialah isteri benci kepada suaminya apabila berada di rumah. Sekiranya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa tetapi ketika masuk ke dalam rumah, dia menjadi teramat benci.
Sihir Penunduk
Tanda-tanda : Hampir sama dengan sihir pengasih. Tujuannya agar orang yang dishir sentiasa tunduk dan tidak berani bersuara serta sentiasa mematuhi arahan orang yang menyihirnya. Tentu kita pernah mendengar istilah ‘nasi tangas’ dan ‘nasi kangkang’..inilah yang dilakukan oleh si isteri untuk menundukkan suaminya. Suami akan menjadi bodoh lalu menurut telunjuk isterinya. Kadang-kala sihir ini mengakibatkan suami membenci ibu atau bapa mentua dan adik ipar.
Sihir Penguat
Tanda-tanda: Timbul kekuatan yang luar biasa kepada pengamalnya. Apabila dipukul tidak sakit (ilmu penimbul), dan apabila memukul orang sangat kuat pukulannya bahkan boleh patah (ilmu perapuh), kalis senjata tajam (ilmu kebal), mempunyai kekuatan seks yang luar biasa dan sebagainya. Untuk mendapatkan sihir ini ialah melalui amalan jampi mentera dan memakai susuk. Biasanya pengamal silat banyak menggunakan kaedah ini.
Sihir Pengunci atau Pengikat
Tanda-tanda: Nafsu terkunci terhadap pasangan suami isteri. Contohnya, seorang suami tidak boleh mendatangi isterinya kerana merasa nafsunya diikat dan dikunci. Akhirnya, si isteri menderita dan menyebabkan berlakunya penceraian. Kesan sihir ini akan menyerang otak lelaki tatkala dia cuba menyetubuhi isterinya khususnya pada tempat menerima rangangan seks yang berfungsi menghantar isyarat kepada anggota sulit dan mengakibatkan berlaku ketidaktegangan alat sulit. Sihir ini juga menyebabkan isteri tidak sanggup disetubuhi, tidak menikmati persetubuhan, mengalami pendarahan, merasakan seolah-olah terdapat penghalang pada alat sulit dan suami mendapati isteri seolah-olah sudah tiada dara.
Sihir Guna-guna (sihir percintaan)
Tanda-tanda: Sihir ini sering dikaitkan dengan minyak guna-guna seperti ‘minyak dagu’ dan ‘minyak senyonyong’. Apabila terkena ilmu ini akan timbul perasaan gelora cinta yang membuak-buak atau keterlaluan. Seseorang yang dikenakan dengan sihir ini memiliki keinginan berlebihan untuk melakukan hubungan seks dan patuh serta taat yang membuta-tuli. Nasihat orang lain tidak dihiraukan.
Sihir Membuat Penyakait
Tanda-tanda: sebahagian tanda-tanda sihir ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik (moden) tetapi ianya dapat dibezakan dengan pembacaan ruqyah kepada pesakit. pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubunya waktu dibacakan ruqyah. Kesan sihir ini akan menyebabkan sakit pada salah satu anggota tubuh, tidak berfungsi salah satu pancaindera atau saraf tersumbat. Bahkan yang lebih parah mengakibatkan lumpuh keseluruhan atau salah satu anggota badan.
Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tanda: orang yang terkena sihir ini akan menjadi bingung, bodoh dan pelupa. Tutur kata yang dilafazkan merapu dan tidak difahami. Situasi kehidupan tidak tenang pada satu-satu tempat, sentiasa resah, bergerak ke sana-sini dan tidak boleh diam setempat. Dalam pengertian lain, sihir ini membawa kesan kepada pemikiran yang waras kepada tidak siuman, kehidupan tidak tentu arah dan tida tujuan hidup.
Saya rasa cukuplah sekadar ini contoh-contoh sihir dan tanda-tandanya buat pengetahuan kita. Sesungguhnya terdapat seribu satu macam sihir yang berlegar dalam kehidupan kita. Walaupun kita tidak bermusuh dengan orang, namun apabila dengki dan sakit hati menguasai hati, tidak mustahil kita akan menjadi mangsa. Sedangkan Nabi kita Muhammad saw juga pernah terkena sihir, inikan pula kita umatnya yang lemah ini. Ada hikmahnya nabi terkena sihir iaitu agar kita sentiasa berhati-hati dan membuat persediaan penawarnya jika terkena. Janganlah berkunjung kepada bomoh, dukun atau pawang yang bersekongkol dengan jin dan syaitan. Mintalah pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah yang Maha Esa..
1 comment:
astfiulah halazim.klau enteh tdak tau lebih baik diam dari pada kena mudorat.bayak2 lah belajar lgi nabi kenasihir jdi ente percaya fitna orang kafir.mana ad nabi kena sihir.perbayak lah istikfar
Post a Comment