Saudara Pembaca yang dihormati,
Gambaran hidup terseksa, terlantar sakit |
Alangkah ruginya bagi pengamal sihir yang hanya dapat kepuasan dan kesenangan dunia yang hanya sementara ini berbanding dengan azab yang bakal diterima di akhirat nanti. Meminta pertolongan daripada jin atau syaitan hanya menambahkan kesesatan dan syirik kepada Allah yang bakal mengundang padah baik di dunia mahupun di akhirat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sekiranya Pengamal Ilmu Sihir itu tidak mematuhi upacara atau melanggar perjanjian dengan Jin maka segala hajat si pengamal itu tidak akan ditunaikan, malah si waris atau keluarganya akan mendapat kesusahan dan bencana, samada semasa masih hidup, pada saat-saat kematiannya dan setelah kematian. Contohnya seperti :-
Semasa Masih Hidup
Sewaktu masih hidup, walaupun pada zahirnya harta melimpah ruah tetapi kehidupanya tidak berkat. Ada sahaja musibah yang menimpa seperti berikut;
- Hidupnya sentiasa bermasalah
- Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apapun tidak akan berjaya, seolah-olah ada sahaja yang menghalang
- Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi.
- Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan menakutkan dan sebagainya.
- Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan dan sebagainya.
Pada Saat-saat Kematian
Saat kematian orang yang bersahabat dengan Jin biasanya amat menyulitkan kerana kesukaran untuk melepaskan diri daripada khadam Jin yang telah sekian lama menjadi teman karibnya. Antara syarat-syarat untuk kematian atau memudahkan kematiannya iaitu bagi membolehkan Jin khadamnya keluar ialah :-
- Perlu membuka perabung rumah
- Mesti mencungkil lantai rumah
- Menyapu sedikit tanah ke muka pesakit
- Membubuh ranting kering di atas dada si sakit
- Membuat kuih tujuh jenis dan di panahkan ke bukit
- Memecahkan dinding rumah si sakit
- Meletakkan si sakit di rumah kosong.
Kematian
Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-
Kadang-kadang berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke atas si sakit yang bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-
- Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan reput.
- Mayat ditumbuhi bulu yang banyak
- Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin
- Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri
- Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( pada sangkaan si isteri, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )
- Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.
Pantang Larang pengamal ilmu sihir
Pewaris keturunan ini atau penerima amalan ini tidak boleh melanggar pantang larang yang telah ditetapkan, kerana akibat yang buruk akan terjadi ke atas dirinya atau ke atas keluarganya. Antara pantang larang tersebut ialah :-
- Tidak boleh pakai kain masuk melalui kepala
- Tidak boleh lalu di bawah penyidai kain
- Tidak boleh menziarahi jenazah
- Tidak boleh makan atau minum di kedai orang kafir
- Tidak boleh meninggalkan bacaan serampah atau jampi
- Tidak boleh sembahyang di masjid atau berjemaah
- Tidak boleh masuk ke rumah dengan kaki kanan
- Tidak boleh memakan benda-benda bernyawa dan sebagainya.
Fikir-fikirkanlah wahai saudara pembaca, bukankah susah hidup seperti ini? Sudahlah di dunia lagi hidup susah, apatah lagi di akhirat nanti. Janganlah kita terlibat dengan ilmu sihir walau atas nama apa dan tujuan apa sekalipun....
No comments:
Post a Comment