Monday, December 12, 2011

Cara untuk menjadi Ahli Sihir



Saka harimau

Dalam artikel yang lalu, saya telah menyentuh bab imu sihr bermula dari Sihir menurut Islam, hukum belajar dan mengajar sihir dan amalan sihir dalam masyarakar Melayu. Tujuan saya memaparkan isu berkaitan ilmu sihir ini adalah bagi membuka minda dan kesedaran kita akan bahayanya ilmu sihir dalam kehidupan seharian kita. Kita seboleh-bolehnya tidak mahu terjebak langsung dengan amalan ilmu sihir ini apatah lagi terkena ilmu sihir.

Tulisan kali ini adalah berkaitan dengan cara-cara mendapatkan ilmu shir. Pemaparan tulisan ini bukan mengajak kita mendapatkan ilmu sihir, tetapi sekadar ingin tahu bagaimana praktik ilmu sihir ini diperoleh lalu berusaha agar tidak terjebak..
Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya seperti berikut:
  1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
  2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
  3. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
  4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.
  5. Melalui pertapaan - tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
  6. Meniru atau belajar tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
  7. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
Saya berharap para pembaca dapat menilai sendiri cara ilmu sihir ini diperoleh atau dipusakai. Kembalilah kepada ilmu tauhid yang suci dan bergantung harap hanya kepada Allah semata-mata.

Sekian, jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment