Assalamu’alaikum wwt.
Bersua kembali dalam blog saya kali ini. Agak tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah (Muharam,1433 Hijrah). Mudah-mudahan, amalan baik kita akan diterima oleh-Nya dan berusaha sedaya upaya untuk menghindari perkara-perkara dosa dan maksiat.
Tulisan kali ini membawa satu dimensi yang tidak asing iaitu berkaitan mandi. Namun skopnya ialah berkaitan mandi songsang. Mandi songsang? Tak pernah dengar pun?....
Ikuti penerangan seterusnya....
................................................................................................................................
Mandi sungai |
Mandi songsang ialah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang amat menakjubkan kepada pengamalnya. Lazimnya pada masa sekarang orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak....dan seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini kerana sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut dan membuatkan sistem otak terjejas. Seluruh sistem hormon dan kimia badan adalah diatur di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang merupakan amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian berakhir dengan kepala. Sebenarnya kaedah mandian ini sering diamalkan oleh orang tua-tua dahulu. Apabila mereka mandi di sungai, mereka akan turun perlahan-lahan dengan mengenakan air di bahagian kaki, pinggang, badan dan menyelam ke dalam sungai. Begitu juga apabila mandi di perigi atau di paip air.
Kebaikan dan kelebihan mandi songsang:
Antara kebaikan dan kelebihan amalan mandi songsang adalah seperti berikut (insyaAllah):
1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan bertenaga.
2. Mengembangkan salur darah otak. Menjadikan otak bertambah baik dan berfungsi.
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya dan seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5. Meninggikan daya ingatan.
6. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
7. Menjadikan mood / perasaan yang tenang dan ceria.
8. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
9. Memiliki daya ketahanan mental.
10. Menambahkan semangat berani.
11. Menguatkan gusi dan gigi
12. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan....
Jadi, mulai sekarang ubahlah tabiat mandi biasa kepada tabiat mandi songsang. Bagi yang sudah beramal dengan mandi songsang sebelum ini (termasuk saya)...khasiatnya anda sudah tahu sendiri.
Mudah-mudahan info petua ini bermanfaat bagi kita untuk menjana kesihatan diri yang baik. Ingat...cegah sebelum parah. Gunakan cara yang percuma dan selamat ini...
Sumber : Buletin Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
No comments:
Post a Comment