Assalamu’alaikum wwt.
Perkataan ‘Aura’ sangat popular dan sering diperkatakan oleh hampir setiap orang baik golongan kecil, remaja, dewasa atau tua. Tentu kita masih ingat akan populariti Mawi yang pernah menjuarai Akademi Fantasia (AF) suatu masa dulu, sehingga disebut aura Mawi.
Pada pendapat saya, aura ini merujuk kepada cahaya diri yang terpancar hasil daripada amalan kerohanian yang kita wiridkan secara berterusan. Sebenarnya, setiap zikir atau doa-doa merupakan cahaya atau nur yang melingkari diri kita secara zahir mahupun batin. Sebab itulah wajah orang mukmin yang bertakwa kelihatan bercahaya dan berseri-seri. Lagipun, nabi kita Muhammad SAW sendiri pernah mengajarkan kita doa agar Allah mengurniakan Nur kepada kita dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dan di dalam diri.
Tulisan kali ini mengajak pembaca meneroka mengenai aura dari segi saintifik sebelum berbicara dari segi kerohanian.
Apa itu Aura?
Gambaran cahaya aura diri |
Aura adalah medan arus elektromegnetik atau perisai halus yang terbentuk di luar objek, yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal seseorang individu.
Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di sekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan sehinggalah kepada kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. begitu juga dengan kesan tindak balas kimia buatan manusia seperti gelombang mikro, televisyen, radio, telefon bimbit, dan sebagainya yang terdiri dari teknologi yang manusia cipta. Tidak kurang juga, kesan dari lontaran niat atau kata-kata yang negatif dari orang sekeliling, gelombang bunyi yang negatif seperti lagu-lagu yang keras, sedih dan sebagainya. Semuanya ini adalah kesan negatif yang dilindungi oleh lapisan aura agar tidak mudah mencerobohi sistem fizik, emosi dan rohaniah manusia.
Aura yang sihat dan bersaiz besar, mampu membentengi dan mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang pecah dan nipis, memudahkan gelombang tenaga negatif ini masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor stres adalah manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
Kewujudan aura ini adalah sama sahaja seperti kewujudan lapisan-lapisan langit bumi yang dikenali sebagai lapisan atmosfera dan sebagainya. Lapisan – lapisan ini adalah bertindak melindungi bumi dari radiasi luaran dan pancaran cahaya yang tidak baik untuk kehidupan di muka bumi ini. Bahkan lapisan ini juga melindungi bumi dari hentaman batu metior yang melintasi kawasan bumi ini dengan izin Allah. semuanya adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata, dan setiap makhluk berhajat kepada Kuasa Allah Ta’ala.
Asal Kehadiran Aura
Menurut ilmu sains fizik, setiap benda adalah terdiri dari partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri dari elektron-elektron negatif dan proton-proton positif. Proton dan elektron ini adalah getaran elektrik dan magnet. Proton bergerak disekeliling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang dimana atom bergerak disebut ruang atau medan tenaga (energi field) atau disebut sebagai awan elektron. Medan tenaga ini memancarkan gelombang cahaya. Dengan yang demikian, setiap benda yang terdiri daripada atom, mempunyai ruang tenaga bercahaya. Inilah yang disebut sebagai aura. Namun medan cahaya ini tidaklah seperti sinaran cahaya lampu. Lampu memiliki arus tenaga elektrik yang kuat untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang. Manakala aura ini adalah terhasil dari arus elektrik yang halus yang sesuai dengan keperluan tubuh manusia. Oleh itu, pancaran cahaya aura ini tidaklah bersinar seperti lampu. Ibarat lampu kecil yang dipancarkan ke langit. Cahayanya hadir melalui ruang udara, tetapi tidak kelihatan, namun ianya ada. Begitulah tamsilannya.
Sumber Tenaga Elektrik Tubuh
Manusia memerlukan cahaya, air, oksigen dan makanan untuk hidup. Makanan sel terdiri daripada dua kumpulan iaitu pemakanan makro dan mikro. Pemakanan makro terdiri dari karbohidrat, protin, lemak dan air. Manakala pemakanan mikro terdiri daripada vitamin dan zat galian atau sebatian. Semua pemakanan ini hanya akan dapat dimanfaatkan selepas dicernakan dan dijadikan unsur tenaga. Tenaga ini dihasilkan oleh kilang tenaga yang wujud dalam badan dan sistem manusia iaitu Adinosintriphosphate (ATP). Tenaga yang terhasil digunakan oleh tubuh, dan baki yang digunakan akan disimpan untuk digunakan kemudian.
Namun begitu kilang tenaga hanya akan dapat berfungsi apabila adanya kuasa letrik. Disinilah peranan sel neuron diperlukan bagi menjanakan tenaga. Penjanaan tenaga yang dimaksudkan adalah sinaran cahaya suria dalam bentuk getaran gelombang elektromegnetik. Tanpa kuasa ini, kilang tidak akan dapat berfungsi, justru tiadalah kehidupan. Dalam analisa ini, jelas sekali segala kehidupan di muka bumi ini hanya wujud apabila terdapat sinaran cahaya suria (matahari).
Komponen Yang Menyerap Tenaga Matahari
Seperti sistem komputer, sistem manusia tiada fungsi sekiranya tiada bekalan eletrik, atau bateri yang di alirkan kepadanya. Pada sistem Bio-Energi manusia, minda, tubuh dan roh ini memerlukan dan menggunakan sumber tenaga dalam tugasannya. Sumber ini diperolehi dari pelbagai sistem (makanan, udara, air dan cahaya. Sumber elektrik hadir terutama dari tenaga suria melalui rakaman arus elektromagnetik cahaya yang dirakam oleh liang roma di seluruh kulit pada tubuh manusia. Bulu roma dan rambut umpama antena yang merakam gelombang tenaga ini yang berada dipersekitaran kita. ia seterusnya dialirkan melalui sistem jaluran tenaga yang dikenali sebagai meridian oleh rawatan akupuntur. Meridian ini pula bercantum dengan jaluran kundalini yang bertindak sebagai salur utama yang dikatakan berada di sepanjang tulang belakang tubuh. kundalini ini juga merupakan penghubung antara pusat tenaga utama yang dikenali sebagai chakra. Arus tenaga dari antena disimpan oleh chakra yang kemudiannya mengalirkannya semula bagi aktiviti elektrik seluruh tubuh badan. Pengaliran pergi balik tenaga elektrik disepanjang tubuh ini seterusnya menjana setiap atom yang ada dan seterusnya menghasilkan medan elektromagnetik di sekeliling tubuh yang dikenali sebagai sistem aura manusia.
Sumber info : Asas Ilmu Aura (internet)
No comments:
Post a Comment