Bismillahirrahmanirrahim..
Saudara pembaca blog yang dihormati,
Dengan izin Allah, kali ini saya ingin berkongsi ilmu berkaitan doa penahan.
Sering kali kita berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka dalam kehidupan seharian seperti mengalami luka. Banyak sebab yang boleh menyebabkan luka terjadi seperti terkena pisau ketika membuat kerja-kerja di dapur atau anak kecil kita berdarah di kepala kerana terjatuh ketika bermain dan sebagainya. Sudah tentu kejadian tersebut membuatkan kita panik, apatah lagi melihat darah yang tidak berhenti keluar.
Boleh jadi juga ada kes melibatkan muntah darah, haid yang melampau, air liur kanak-kanak yang sering meleleh, kencing tidak tus dan sebagainya.
Bagaimana cara untuk memberhentikan simptom ini daripada terus keluar? Maksud saya menggunakan ikhtiar cara doa dalam perubatan Islam..
Mungkin saudara boleh mengambil jalan pintas dengan merujuk kepada doktor di klinik atau hospital. Itu terpulanglah kepada pilihan saudara. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini bahawa terdapat doa khusus dalam al-Quran yang boleh digunakan untuk merawat kes tersebut. Mengikut pengalaman saya, doa yang dibaca dan dipusatkan dengan penuh perhatian untuk menahan seperti luka, insyaAllah dalam masa yang singkat, darah akan berhenti. Pengalaman yang lain tidak perlulah saya ceritakan, nanti riak pula.
Apabila keberkesanan doa ini terhasil, akan menerbitkan rasa keyakinan kepada kekuasaan Allah. Itu yang perlu kita rasai sebenarnya. Tanamkan tauhid yang teguh kepada Allah. Sebenarnya kita merawat hati kita pada hakikatnya.
Saudara pembaca,
Kita ambil satu contoh peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS. Bagaimana banjir besar itu menenggelamkan apa sahaja yang ada di permukaan bumi. Allah memerintahkan bumi mengeluarkan air dari perutnya dan memerintahkan pula langit mengeluarkan hujan yang tidak berhenti-henti. Hanya Nabi Nuh bersama isi kapalnya sahaja yang terselamat. Sampai satu ketika, Allah memerintahkan pula air dari bumi dan langit agar berhenti dengan firman dalam al-Quran, maksudnya: (Surah Hud ayat 44)
“Wahai bumi, telanlah airmu, dan Wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. (Hud:44)
Sedangkan banjir besar boleh berhenti dengan kalimat suci tersebut, apatah lagi luka dan sebagainya pada tubuh kita, insyaAllah akan berhenti dengan izin Allah. Bacalah doa ini kemudian tahanlah nafas dan lidah ditongkat ke langit-langit. InsyaAllah.....
Sekian, untuk perkongsian ilmu kali ini. Lebih afdhal beramal dengan berguru. Carilah guru.
Ikuti tulisan saya seterusnya......
Sekian, untuk perkongsian ilmu kali ini. Lebih afdhal beramal dengan berguru. Carilah guru.
Ikuti tulisan saya seterusnya......
No comments:
Post a Comment