Salam sejahtera pembaca sekalian.
Bicara kali ini menyentuh mengenai satu bab berkenaan pelembut hati.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa hati yang keras dan degil memang susah untuk dijinakkan dan dilembutkan agar menurut kata atau nasihat. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang degil dan keras kepala, tentunya situasi ini amat membimbangkan dan merungsingkan fikiran.
Gambar Hiasan |
Sering terjadi anak-anak melawan cakap orang tua. Keluar rumah tidak mengira waktu. Melepak bersama kawan-kawan yang tidak senonoh dan sebagainya. Lebih parah lagi jika anak kesayangan kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau ‘merempit’ di jalanan. Pilu rasanya hati apabila membaca cerita di akhbar tentang anak yang sanggup memukul ibu bapanya sendiri, malah sanggup membunuh jika terdesak.
Sebagai ikhtiar agar anak-anak menurut kata atau anak murid mendengar kata guru, maka di sini saya ingin berkongsi berkenaan satu ayat pelembut dalam surah Toha. Lima ayat dari surah Toha tersebut digelar ayat pelembut kerana kaitannya denganperistiwa pengislaman Sayidina Umar Ibn al-Khattab ra.
Kisahnya begini.....
Pada suatu hari dalam keadaan marah Umar keluar dari rumahnya dengan pedang yang terhunus kerana mahu membunuh Rasulullah saw. Dalam perjalanannya, beliau ditegur oleh Na’im ibn Abdullah. Naim mempersoalkan Umar yang memarahi Rasulullah saw sedangkan adiknya sendiri Fatimah binti al-Khattab dan suaminya Sa’id ibn Zayd telah memeluk Islam. Mendengar perkhabaran tersebut, Umar telah menukar haluan dan pergi menuju ke rumah adiknya. Umar mendengar mereka yang ketika itu sedang belajar al-Quran dengan Khabbab ibn al-Arat ra.
Setelah menyedari kedatangan Umar, mereka menyembunyikan Khabbab dan menyorokkan lembaran al-Quran yang tertulis ayat-ayat 1-5 surah Toha. Umar dalam keadaan marah lalu memukul adiknya dan adik iparnya sehingga cedera. Adiknya mengaku akan keislamannya dan suaminya lalu berkata kepadanya: “Buatlah apa yang kamu suka”. Terkejut dengan kata-kata adiknya itu, Umar reda daripada kemarahannya dan meminta adiknya menyerahkan al-Quran yang mereka baca.
Fatimah yang pada mulanya enggan akhirnya menyerahkan lembaran tersebut setelah Umar disuruh bersuci terlebih dahulu. Apabila Umar membaca ayat-ayat dalam lembaran tersebut, beliau berkata: “Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini”
Khabbab yang mendengar kata-kata Umar lalu keluar dan berkata:”Wahai Umar, aku berharap agar Allah SWT mengkhususkan kamu dalam doa NabiNya kerana semalam aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: (terjemahan) “Ya Allah, kuatkan Islam sama ada dengan (pengislaman) Abu al-Hakam ibn Hisyam (Abu Jahal) atau Umar ibn al-Khattab”.
Lalu Umar berkata: “Wahai Khabbab, bawalah aku berjumpa dengan Muhammad”. Kemudian Umar pun mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW.
Ayat 1-5 dari surah Toha :
Mudah-mudahan dengan ikhtiar kita membaca ayat Toha (1-5) hati kita atau hati orang yang degil dan keras dapat dilembutkan. Bacalah pada air lalu ditiupkan dan diberi minum...mudah-mudahan mujarab dengan Izin Allah. (Awas!!! jangan terlebih baca pula, nanti jadi lembut sangat susah juga)
Jangan hanya berserah sahaja tanpa berusaha.
Buatlah ikhtiar sendiri, jangan mengharapkan orang lain.
1 comment:
salam..boleh tak doa ni kita bg mnum dgn org yg bkn b'agama islam?tetapi beliau menjalani kehidupan seperti orang islam..tidak memakan benda haram..
Post a Comment