Apabila berdepan dengan pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit, lazimnya sebagai perawat Islam yang bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, penggunaan ayat-ayat tertentu yang bersesuaian dengan penyakit akan digunakan.
Bagi pengamal perubatan Islam, sebenarnya apa jua ayat boleh digunakan kerana al-Quran itu sebenarnya merupakan syifa' atau penyembuh. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 82 :
Terjemahann.: "Dan Kami turunkan dari al-Quran (ayat-ayat suci) yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
Namun dalam beberapa kes tertentu,ada kaedah dan ada ayat yang mujarab jika digunakan,
Tulisan kali ini akan membicarakan satu kaedah / doa yang dinamakan Ayat Pemecah.
.....................................................................................................................................
Menurut guru saya iaitu Ustaz Haron Din, empat ayat terakhir surah al Hasyr (ayat 21 hingga ayat 24) dinamakan sebagai Ayat Pemecah.
Surah a-Hasyr (ayat 21 - 24) |
Sifat pemecah itu dirujuk kepada ayat 21 yang bermaksud:
"Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk terpecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"
Imam Al-Alusi menyatakan bahawa ayat ini merupakan perumpamaan Allah SWT terhadap keagungan al-Quran iaitu gunung yang dilihat begitu gagah tidak mampu menanggung dan akan terpecah belah jika diturunkan al-Quran kepadanya. Ini sudah cukup memberi peringatan kepada manusia yang hatinya keras tidak mahu tunduk dan khusyuk dalam menerima kebenaran al-Quran. Allah SWT seterusnya membuktikan kebesarannya dengan menyebut beberapa nama-Nya yang merupakan al-Asma' al-Husna.
Insya-Allah, melalui hikmah ayat tersebut...dapat dan sesuai digunakan bagi memecahkan sesuatu yang keras sama ada berbentuk jasmani seperti bisul, bengkak, barah, kanser dan sebagainya atau berbentuk rohani seperti kekerasan jiwa, degil, kebuntuan masalah, gangguan makhluk halus dan sebagainya.
Sebagai satu contoh (bukan membangga diri), sebelum saya berguru dengan Ustaz Haron Din, saya telahpun mewiridkan ayat ini berpandukan pembacaan dari buku. Satu ketika, anak abang ipar saya yang tinggal di Kuala Lumpur telah terkena bisul dan mungkin dibedah. Isteri abang ipar saya telah menelefon saya bertanyakan ikhtiar untuk merawat bisul tersebut. Lantas saya menyuruhnya membaca ayat pemecah tersebut sambil meniupkan pada bisul tersebut. Dengan izin Allah, pada keesokan harinya seperti 'magik', bisul tersebut telah surut dan sembuh..Ini menguatkan lagi keyakinan saya akan kekuasaaan Allah..
Pengajaran :
1. Gunakan kombinasi ayat yang sesuai bagi sesuatu penyakit. Jangan pula pada kes merawat bisul, kita baca ayat pengasih pula...kan tak kena tu
2. Belajar sesuatu ilmu biarlah berguru, agar ilmu tersebut menjadi sempurna. Maklumat daripada buku boleh diambil sebagai penambah keterangan.
3. Yang paling penting, mesti Ikhlas, Yakin dan Redha kepada Allah...
Sekian, semoga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment