Salam pertemuan..dan salam syawal.
Agak lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana kekangan masa dan kerja. Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk menghabiskan puasa 6 hari dalam bulan syawal secara berturut-turut. Syukur juga kerana diberi izin oleh-Nya untuk istiqomah dalam beramal.
Tulisan kali ini saya akan membicarakan mengenai 'Penawar' dan 'Bisa'. Penawar merujuk kepada menawarkan sakit akibat bisa, santau, racun dan sebagainya. Dalam istilah lain penawar juga sebagai bersifat 'sejuk'. Manakala bisa pula merujuk kepada sesuatu yang menyakitkan seperti bengkak, demam, rasa berdenyut-denyut dan sebagainya..atau dalam istilah lainnya bersifat 'panas'
Keilmuan penawar dan bisa adalah hasil pengamalan beramal dengan doa Bismillah 7 dan dirangkai dengan doa Bismillah 5.
Insya-Allah...dengan izin-Nya pengamal yang ikhlas beramal dengan amalan Bismillah 7 diberi izin untuk menawarkan segala jenis bisa iaitu bisa gigitan ular, serangga juga bisa sendi-sendi badan dan sebagainya. Tetapi ada masalah atau kesan jika hanya doa ini saja diamalkan.....ada kes, pengamal doa ini apabila menghampiri tempat orang membuat kuih yang menggunakan yis boleh menyebabkan kuih yang menggunakan yis seperti kuih pau atau tapai tidak menjadi. Kuih pau akan kenjadi keras begitu juga dengan tapai.
Untuk mengatasi masalah ini dan supaya orang yang beramal dengan doa Bismillah 7 ini tidak menyusahkan orang, maka untuk 'meneutralkan' penawar yang terlebih power ini, pengamal Bismillah 7 disarankan beramal juga dengan doa Bismillah 5. Kira Bismillah 5 ini semacam 'panas' jugalah.
Sekiranya amalan ini diwiridkan pada waktu tertentu dan istiqomah pula disamping niat yang ikhlas dan yakin maka berhati-hatilah akan kesannya...Saya ada satu pengalaman yang agak mendebarkan ...jangan sesekali bertindak diluar kawalan atau dalam keadaan marah lantas ringan saja tangan menampar objek bernyawa (orang), maka kesannya objek yang ditampar itu akan demam, bengkak dan tidak bermaya..kasihan dan panik juga. Amacam jika objek tersebut ialah anak kita??? Saya dah kena dah...lalu cepat-cepat saya mohon pada Allah agar diberi penawar (maaf, tak boleh ajar disini).
Kesimpulannya dalam amalan Bismillah 7 dan Bismillah ada penawar dan ada bisa. Bergantung pada niat dan emosi ketika menggunakannya. Jika tenang jadi penawar...dan jika beremosi akan menjadi bisa. Atau jika terasa sejuk akan jadi penawar dan jika terasa panas akan jadi bisa....Jadi berhati-hatilah..
Berkenaan dengan doa Bismillah 7 dan Bismillah 5 saya tidak berhasrat untuk memaparkan di sini. Para pembaca bolehlah bertanya kepada orang yang arif atau bertemu secara bertentang mata dengan guru. Kalau lain kali saya tergerak hati untuk memaparkan doa tersebut, insya-Allah akan saya paparkan..
Sekian untuk perkongsian ilmu kali ini. Ingatlah khazanah ilmu perubatan Islam tersangat banyak. Cari dan galilah selagi terdaya.
No comments:
Post a Comment