Salam sejahtera...
Sering kali apabila merawat penyakit biasa atau pun misteri, ungkapan seperti "tolong tengokkan sakit saya ni" atau "ada berapa jin dalam badan saya ni" dan sebagainya..
Alahai....dalam bab menjawab soalan seperti ini agak serba salah untuk saya menjelaskannya. Soalan seperti ini layak diajukan kepada bomoh yang bersahabat dengan jin saja, kerana mereka mendapat perkhabaran segera.
Saya tidak berani untuk menjawab dan melayan pertanyaan sebegini kerana saya sendiri pun tidak tahu dengan lebih tepat. Kalau saya tahu sekali pun, saya tidak akan menjawab soalan tersebut kerana akan merumitkan keadaan.
Pesakit sebenarnya perlu diberi motivasi dan nasihat yang membina keyakinan mutlak kepada Allah sahaja. Ini kerana apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut perawat (khususnya perawat Islam), pesakit akan meyakini dan mempercayai.
Apa akan jadi pada emosi dan pemikiran pesakit jika kita 'scan' dan mengatakan "dalam badan awak ni ada lima ekor jin tapi saya dah buang empat ekor, tinggal satu lagi yang degil" . Sudah tentu jawapan ini akan meresahkan dan membebankan lagi pesakit. Satu hal lagi dalam bab menarik jin dan dimasukkan ke dalam botol. Selepas itu diperlihatkan pula wajah jin tersebut yang terperangkap di dalam botol tersebut. Tak ke haru jadinya....
Inilah jadinya apabila perawat tidak mendapat kursus dan kefahaman yang tepat akan peranan rawatan secara Islam. Orang merawat dia pun nak merawat, tapi asas merawat tidak difahami dengan sepenuhnya.
Jadi, perbetulkan niat dan perbanyakkan ilmu dalam berbakti kepada masyarakat. Ini kerana perawat Islam merupakan kerja fardhu kifayah dalam masyarakat. Sekian...
Komentar:
Belajar sampai pandai, tapi jangan tunjuk pandai.
Belajar ilmu guru, tapi bukan nak jadi guru.
No comments:
Post a Comment