Sunday, September 11, 2011

Bahan Rawatan Anjuran Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum w.w.t

Selain penggunaan air sebagai bahan rawatan utama, terdapat pelbagai  bahan lain  yang perlu malah sangat dianjurkan penggunaannya untuk merawat penyakit.

Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan ubat seperti yang disarankan oleh Rasululllah s.a.w adalah seperti berikut:

1.     Madu lebah
2.     Habbatus Sauda' (JIntan Hitam)
3.     Kurma 'Ajwah
4.     Daun Bidara
5.     Daun Inai

Madu Lebah:

Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran bahawa salah satu ubat atau penawar yang sangat bermanfaat kepada manusia ialah madu lebah. Madu lebah mempunyai banyak khasiat dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit manusia.

Firman Allah  pada ayat 69 surah an-Nahl (maksudnya) "...(dengan itu) akan keluarlah dalam badannya (lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit)..."

Amalkan selalu penggunaan madu dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya jangan putus bekalan madu lebah di dalam rumah. Tetapi awas...carilah madu lebah asli. Biar mahal sedikit asalkan power..


Habbatus Sauda' (JIntan Hitam):

Rasulullah SAW menyatakan bahawa habbatus Sauda' adalah penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Aisyah RA menceritakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW besabda (maksudnya):
"Sesungguhnya habbatus sauda' (jintan hitam) adalah penawar bagi segala penyakit kecuali as-Sam." Aku (Aisyah RA) bertanya: "Apakah itu as-Sam." Sabda Nabi SAW: "as-Sam itu adalah al-Maut (yakni mati).

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh para doktor dan saintis, khasiat yang ada pada habbatus sauda' adalah sangat banyak dan oleh membantu untuk merawat pelbagai penyakit seperti asma, barah, meningkatkan daya ketahanan badan, menjadi antibodi dal pelbagai lagi.


Kurma 'Ajwah

Kurma ajwah bukan sebarangan kurma, kerana kurma ini dikenal juga dengan panggilan kurma nabi. Harganya pun boleh tahan...

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya memakan buah kurma 'ajwah setiap hari sebanyak 7 biji bagi mengelakkan daripada terkena sihir dan racun pada hari tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saad bin abi Waqqas RA: (maksudnya)
"Sesiapa yang ketika waktu pagi pada setiap hari dia makan tamar-tamar 'ajwah, tidak akan memudaratkannya sebarang racun dan sihir pada hari tersebut sehingga waktu malam".


Daun Bidara:

Daun Bidara secara khususnya digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.

Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam menangani masalah orang yang terkena sihir.

Dalil penggunaan daun bidara ini disebutkan oleh Abu al-Hasan Ali ibn Khalaf atau dikenali IbnuBattal al-Maliki yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari. Beliau menukilkan kata-kata Wahab Ibn Munabbih. (Terjemahan):
(Hendaklah) dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan Ayat Kursi, 3 Qul atau 4 Qul, kemudian dihirup (meneguk) tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkanapa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah. Kaedah ini baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir).

Dalam contoh yang lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat, selain dimandikan dengan air yang bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran iar dengan daun bidara. Ini menunjukkan bahawa terdapat khasiat yang khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.


Daun Inai:

Penggunaan daun inai khusus untuk merawat rambut beruban.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Dhar al-Ghifari RA: (maksudnya)
"Sesungguhnya sebaik-baik bahan yang boleh (digunakan) untuk merubah warna uban ialah inai dan al-Katam (sejenis herba) yang dicampur dengan inai untuk mewarnakan rambut.




Sekian, Selamat berubat. Cegah sebelum parah. Ikhtiar dan bertawakkal..

No comments:

Post a Comment