Salam hormat kepada pembaca sekalian,
Bukan mudah rupanya menangani kes kerasukan, lebih-lebih lagi makhluk halus (jin) yang sudah bersarang sekian lama dalam tubuh seseorang. Lebih-lebih lagi yang bertindak agresif. Baru-baru ini, saya diminta membantu menangani kes kerasukan seorang pelajar perempuan di UiTM Jengka.
Bersama seorang ustaz UiTM, saya bergerak ke asrama pelajar tersebut pada pukul 10 malam dan mendapati pelajar tersebut terbaring sambil dipegang oleh beberapa orang rakannya. Seperti biasa saya meruqyah sambil tangan kanan memegang kepala pesakit, namun reaksi sinis diberikan. Bacaan saya kerap tersasul dek kerana 'dialog merapu' pesakit tersebut. Nampaknya tak boleh jadi ni....kena ubah teknik.
Saya mula mengubah teknik dengan membuat pukulan menggunakan serban sambil membaca ayat azab dan bertakbir berulang kali. Kali ini ternyata jin tersebut merasakan pukulan dan kesakitan...akhirnya mengalah dan meminta saya memandunya keluar. Sebelum keluar, saya minta jin tersebut berjanji dengan nama Allah agar tidak lagi mengggangu pelajar tersebut dan kepada manusia lain. Alhamdulillah selesai
Kes seperti ini kepada perawat lama (otai), memang dah biasa tetapi bagi saya, inilah yang agak mencabar sedikit...
Pengajaran:
1. Kita hendaklah selalu meletakkan pergantungan usaha dan ikhtiar hanya kepada Allah semata-mata. Segala gerak digerakkan oleh DIA belaka. Penyembuhan mutlah hanya milik Allah..Jangan sedikitpun mengaku "aku dah berjaya ubatkan pesakit"
2. Kerja jin @ syaitan hanya hendak menyusah dan menyesatkan anak Adam. Kalau 'dia' suka sekalipun kepada manusia, dia tiada hak untuk mendiami jasad anak Adam.
3. Manusia haruslah selalu mempersiapkan diri dengan amalan dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk membenteng diri dari diperkudakan oleh makhluk halus jin @ syaitan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment