Assalamu'alaikum w.w.t
Berbahagialah bagi sesiapa yang diberi izin oleh Allah untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan guru mursyid. Barangsiapa berjumpa dengan guru mursyid seolah-oleh memperoleh harta yang tidak ternilai di dunia dan di akhirat.
Fokus ilmu di sini ialah berkaitan ilmu makrifat dan rohani. Apabila belajar ilmu dengan guru tersebut maka hendaklah menjaga adab dan tertib agar ilmu tersebut berkesan dan 'berbisa'.
Di sini hamba paparkan serba sedikit petua adab berguru ilmu makrifat dan rohani sebagaimana yang pernah hamba tuntut dahulu, mudah-mudahan berguna kepada kita yang sentiasa dahagakan bimbingan dan asuhan daripada guru mursyid.
Adab waktu belajar (ilmu makrifat dan rohani):
1. Pakaian hendaklah lengkap dan bersih
2. Ada wudhu' @ air sembahyang
3. Dengar dengan teliti kata-kata guru yang menyampaikan rahsia-rahsia Allah
(hadir roh-roh wali dan malaikat)
4. Hendaklah memakai wangi-wangian
5. Hendaklah duduk dengan sopan dan tertib
6. Guru itu bertalian dengan Rasulullah SAW
7. Sebut dalam hati sesudah mendapat sesuatu 'mutiara berharga' (Syukur kepada Allah)
kerana apa yang keluar bukan dikarang oleh guru.
8. Sesudah belajar hendaklah selalu ucap 'istighfar' (mohon ampun)
dan fahamkan apa yang dipelajari.
"Barang siapa di dunia ini sudah buta (mata hati), maka di akhiratnya pun akan lebih buta (mata hati dan sesat jalannya" (Bani Israil:72)
Carilah guru mursyid untuk menyuluh dan membuka mata hati agar tidak sesat di dunia dan di akhirat.
Sekian untuk perkongsian kali ini.
No comments:
Post a Comment