Para pembaca blog yang dikasihi,
Gangguan jin terhadap manusia tidak pernah surut, apatah lagi jin jahat bertaraf syaitan. Pantang ternampak kelemahan manusia, nescaya akan diganggunya. Menyedari hal ini, nabi kita Muhammad saw. telah siap membekalkan umatnya panduan dan pedoman untuk menangkis gangguan jin tersebut, tinggal lagi kita hendak beramal ataupun tidak.
Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah mengenai pengalaman saya merawat seorang pesakit yang diganggu jin sejak sekian lama. Pesakit ini memang mempunyai sejarah keturunan yang bersangkut paut dengan jin (saka).
Pesakit yang dimaksudkan tinggal di Kuala Lumpur dan bukanlah orang lain dengan keluarga saya. Adik saya yang bogsu berkahwin dengan anak pesakit ini, kira panggi ibu mertuanya. Sebenarnya memang sudah lama hajat pesakit ini untuk berubat dengan saya, mungkin mendengar cerita daripada menantunya (adik saya) yang saya ini boleh mengubat. Saya cakap kepadanya bahawa bukankah di Kuala Lumpur terdapat banyak pusat rawatan Islam? Beliau mengatakan bahawa bukannya beliau tidak mahu berubat di sana, tetapi khuatir ditipu dan tertipu dengan pusat rawatan yang berlabel “Islam”.
Semut merayap |
Diringkaskan cerita, pada cuti hari sabtu dan ahad, beliau bersama anak dan menantunya telah bertandang ke rumah saya. Daripada ceritanya, beliau sering diganggu oleh jin setiap kali hendak mendirikan sembahyang dan mengaji al-Quran. Pada ketika itulah, rasa gatal merayap-rayap dalam badannya seolah-seolah semut yang merayap. Puas di garu dan dibubuh ubat, namun hasilnya tetap sama bahkan yang lebih teruk lagi, terdapat kesan gigitan pada bahagian-bahagian tertentu di badannya. Kesan gigitan tersebut ternampak seperti dua tusukan taring yang ketara. Lebih parah lagi, gangguan tersebut semakin menjadi-jadi ketika beliau berada di bilik air. Mendengar ceritanya sahaja, saya sudah dapat mengagak bahawa simpton-simpton ini adalah angkaran gangguan jin jahat.
Sesi ruqyah pun bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sambil memegang kepalanya. Ketika itu beliau merasakan seolah-olah seluruh badannya ada benda yang bergerak-gerak dan berubah tempat. Rupa-rupanya ‘benda tersebut’ sudah bersarang lama dan beranak-pinak dalam badannya. Walaupun saya berusaha menarik dan membuangnya namun ada lagi saki baki yang degil hingga saya sendiri pun terkena tempiasnya (rasa gatal). Keadaan pesakit tidak agresif seperti kebanyakan pesakit yang diganggu jin. Beliau tenang sahaja cuma rasa gatal yang tidak tertahan-tahan. Kasihan saya melihatnya. Selepas sesi ruqyah, saya memintanya mandi dengan air yang di doakan bersama limau nipis. Sesi rawatan disambung semula pada pagi esoknya. Dalam hal ini, pesakit perlu banyak bersabar dan memohon pertolongan daripada Allah. Kata orang tua-tua, penyakit datang macam ribut dan hendak baik macam semut.
Sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur, saya bekalkan beliau dengan amalan-amalan pelindung diri dan zikir-zikir yang perlu diamalkan. Saya tidak mahu pesakit bergantung kepada perawat sahaja, tetapi yang lebih pentingnya, pesakit kena berusaha sendiri. Bina sendiri kekuatan rohani agar berupaya menangkis serangan-serangan ghaib..
Saya doakan agar pesakit sembuh dan dapat beribadah kepada Allah dengan tenang. InsyaAllah.
Sekian, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita.
No comments:
Post a Comment