Assalamu’alaikum wwt.
Selamat berpuasa kepada semua pembaca yang setia mengikuti coretan di dalam blog Rawatan Islam Jengka(RIJ). Mudah-mudahan, kita semua dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.
Dalam bulan yangmulia ini, rawatan kepada pesakit terpaksa ditangguhkan. Marilah kita merebut peluang beribadah yang sangat-sangat dituntut pada bulan Ramadan ini.
Tajuk saya pada kali ini ialah perlunya kita mempunyai syeikh atau guru yang memandu kita khususnya dalam perjalanan rohani.
· Tiap-tiap orang yang tidak mempunyai syeikh (guru mursyid) yang memberi petunjuk kepada jalan keluar dari sifat-sifat tercela (penyakit hati), maka dia dianggap maksiat bagi Allah dan Rasulnya, kerana dia tidak dapat petunjuk mengenai jalan yang benar.
· Barangsiapa yang tidak ada hubungan silsilahnya dengan Nabi, dianggap terputus kelimpahan cahaya dan tidak menjadi waris dari Rasulullah s.a.w.
· Thoreqat (jalan kepada Allah) ialah atas zahir (Syariat) dan batin (Hakikat).
· Tiap-tiap Syariat yang tidak dikuatkan dengan Hakikat tidak diterima dan begitu juga tiap-tiap hakikat yang tidak dibuktikan dengan Syariat pun tidak diterima.
· Syariat itu ialah mempersembahkan ibadat kepada Allah.
· Hakikat pula ialah memperoleh musyahadah daripada Allah.
· Sabda Nabi (maksudnya):
Syariat itu Ucapan
Thorekat itu Perbuatan
Hakikat itu Keadaan
Makrifat itu Modal pokok
· Oleh sebab itu, ajaran zikir tidak akan memberi faedah yang sempurna melainkan dengan Talqin dari guru mursyid yang sanad perhubungannya sampai kepada Rasulullah s.a.w.
· Sabda Nabi (maksudnya):
“Hendaklah engkau selalu beserta Allah dan jika tidak beserta Allah, hendaklah engkau beserta dengan orang yang beserta Allah agar engkau disampaikan kepada-Nya.”
· Maka guru-guru (syeikh) merupakan Thorekat atau jalan kepada Allah yang memberi petunjuk liku-liku daripada jalan itu. Mereka merupakan pintu-pintu terakhir yang akan membawa muridnya masuk menempuh jalan mencapai Allah.
No comments:
Post a Comment