Jin adalah tergolong dalam makhluk halus yang kewujudannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Persoalannya bolehkah makhluk jin ini ditangkap?
Ternyata di dalam sejarah bahawa Nabi Allah Sulaiman a.s telah memenjarakan puak-puak jin yang degil ke dalam sebuah botol tembaga yang kecil dan dicampakkan jauh-jauh ke tengah lautan.
Al-Aqili di dalam kitabnya al-Dhuaf al-Kabir daripada Abu Said baginda Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Nanti pada tahun 135, berpuak-puak syaitan akan keluar setelah mereka dikurung oleh Nabi Allah Sulaiman di Semenanjung Arab. Sembilan persepuluh akan ke Iraq dan sepuluh peratus akan ke Syam”
Al-Allamah Abdul Baqi al-Zarqani di dalam kitabnya al-Aslah al-Muhirah Haulad-Dunya-Wal-Akhirah mengatakan tidak ada sebarang tegahan untuk mengurung jin bagi mereka yang diberi kuasa atau kelebihan oleh Allah. Sekiranya kepada Nabi dikira sebagai mukjizat dan kepada wali sebagai karomah. Tidak mustahil juga kelebihan ini diberikan kepada perawat Islam yang ikhlas dalam merawat sebagai ikhtiar penyembuhan yang berkesan.
Sumber rujukan:
Jin: Hakikat & Pengubatan oleh Dato’ Hj. Ismail Kamus
No comments:
Post a Comment