Assalamu’alaikum wwt.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, merupakan saat yang paling baik buat kita membersihkan diri rohani. Jika diri jasmani tidak perlulah kita pertikaikan lagi...hari-hari kita bersihkan supaya sentiasa bersih seperti mandi, gosok gigi, dan sebagainya. Nak cuci diri rohani bagaimana? Silalah baca seterusnya....
· Diri rohani dapat kita bersihkan dangan syarat bersihkan hati seluruhnya daripada selain Allah iaitu seluruh hati tenggelam dalam zikir (ingat) kepada Allah. Lebih tepat lagi kita hendaklah fana’ (lebur) seluruhnya dalam Allah. Ertinya diri kita hancur seakan-akan tidak melihat dirinya lagi adanya. Dalam hal ini kita ibarat mati sebelum mati..Yang hidup hakiki ialah Allah Taala jua”.
· Kata Al-Bazari:
“Bahawasanya hati itu ada padanya sifat:Al-Latifah (lemah-lembut)Ar-Rabbaniyah (Ketuhanan) dan Ar-Rohaniayah (jiwa dan Roh) yang bersangkutan dengan tubuh manusia. Itulah Hakikat Insan dan itulah yang dapat mencapai arif iaitu tempat Nur yang ditaruh Tuhan padanya. Maka dengan demikian, seseorang itu akan beroleh/mencapai kasyafat(terbuka) daripada segala macam hakikat”.
· Makrifat tidak akan dicapai, melainkan dengan jalan hati yang sempurna, yang bersih, yang tidak terpengaruh perhubungan dengan duniawi...> ialah dengan hati bersih dan selalu berzikir kepada Allah. Berzikirlah kepada Allah dengan hati, maka dinamakan Ahli Zikir. Jikalau tidak, bukan ia dinamakan orang yang berzikir.
· Kata Syeikh Muhiyiddin Abdul Kadir Jilani:
“Adapun hati itu tempat Ilmu Hakekat kerana “Latifatur Robbaniyah” yang mengatur bagi sekalian anggota badan".
· Sabda Nabi:
“Bahawasanya hati itu kotor seperti berkarat besi dan pembersihnya dalah zikrullah.
· Hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah >> maksud hadis Nabi “Bahawasanya Allah itu tidak melihat kepada rupamu, akan tetapi melihat kepada batinmu (hati).
· Menurut pesanan dan nasihat Pak Ak (Allahyarham Ustaz Ishak bin Itam), cara nak bersih hati ialah dengan selalu Selawat akan Nabi dan beristighfar/mohon ampun kepada Allah. Caranya :
a) Selawat akan Nabi sebanyak 40 kali selepas Solat Maghrib
b) Istighfar sebanyak 70 kali selepas Solat Subuh.
Mudah-mudahan, kita semua akan dapat membersihkan diri rohani dengan sebersih-bersihnya. Itulah ilmu kebatinan yang sebenarnya. Tidak perlu kita mencari ilmu kebatinan yang lain...
No comments:
Post a Comment