Monday, July 30, 2012

Bagaimana Untuk Wusul (sampai) kepada Allah?

Assalamu’alaikum wwt..
Antara hamba dengan Tuhan sebenarnya tiada tembok pemisah yang nyata. Ibarat Bersatu bukan Satu dan Berpisah bukan Dua.  Tembok yang dilihat sebenarnya tidak wujud...hanya sangkaan kita semata-mata.
Bagaimamanakah caranya untuk kita wusul kepada Allah dan bagaimana hakikat wusul tersebut?
Martabat wusul (sampai kepada Allah) sebenarnya ada TIGA jalan iaitu:
1.      Islam   dinamakan Syariat  (zahir)
2.      Iman dinamakan Thorekat (batin @ hati)
3.      Ihsan dinamakan Hakikat ( hanya Allah yang dipandang semata-mata)
Penjelasan:
·         Apabila seseorang hamba Allah, jika kekal ia sibuk dengan ibadah sendirinya>>> ia berada dalam maqam Islam atau maqam Syariat.
·         Apabila amal itu berpindah kepada Hati dengan kebersihan dan tiada kejahatan iaitu hanya berisi kebajikan sempurna ikhlas kepada Allah>>>> ia berada pada maqam Iman atau maqam Thorekat.
·         Apabila manusia itu sampai kepada martabat ibadah untuk Allah semata-mata seakan-akan Allah melihatnya>>> ia berada pada maqam Ihsan atau maqam Hakikat.
Dalam ertikata yang lain dapat dikatakan:
·         Syariat : Kamu sembah Allah
·         Thorekat : kamu menuju kepada Allah
·         Hakikat : kamu bermusyahadah benar-benar menyaksikan Allah Yang Maha Pencipta
Kata Imam Al-Ghazali:
“Syariat tanpa Hakikat itu Fasik dan Hakikat tanpa Syariat itu kafir zindik”
·         Oleh itu orang yang melakukan syariat dan mengamalkan Tasawwuf dinamakan Ahli Hakikat yang sebenarnya.
·         Tujuan Tasawwuf ialah untuk membersihkan Batin(hati) manusia dengan Nur Tauhid dan Makrifat.
Sabda Nabi kita bermaksud:
“Alamat mencintai Allah ialah mencintai Zikrullah, sedang alamat kemarahan Allah adalah enggan kepada zikrullah”

Sekian saja catatan ringkas daripada hamba yang fakir ini.  Sumber rujukan tulisan ini diambil daripada kitab Miftahul Sudur karya Syeikh Muhiyiddin Abdul Kaqir Jilani.

No comments:

Post a Comment