Wednesday, July 3, 2013

Merawat Sakit Gout dengan Berbekam


Para pembaca yang dihormati sekalian. Berjumpa lagi kita setelah agak sekian lama saya menyepi diri daripada menulis artikel di dalam blog ini. Hal ini kerana komputer riba saya telah saya berikan kepada anak sulung yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di UPM, Serdang. Mahu tidak mahu, saya terpaksa membeli ‘netbook’ yang baru untuk memudahkan kerja.

Berbalik kepada tajuk di atas iaitu merawat sakit gout dengan berbekam. Sebenarnya saya adalah pengidap sakit gout tetapi tidaklah sampai ke tahap kronik. Sesekali gout menyerang, maka bengkaklah di bahagian buku lali sehingga sukar untuk bergerak. Bukannya saya tidak berpantang makan, tetapi saya ini jenis yang pantang jumpa. Pada saya, nikmat makan yang Allah berikan perlu disyukuri.

Biasanya apabila gout menyerang, saya akan memakan ubat hospital untuk meredakannya. Umum mengetahui bahawa ubat hospital bertindak untuk menahan sakit sahaja. Saya tidak memakan ubat ini dengan kerap kerana khuatir akan memberi kesan kepada buah pinggang.

Keberkesanan kaedah bekam:

Sebenarnya saya menggunakan kaedah bekam untuk merawat gout secara tidak sengaja. Saya terfikir apakah gerangannya yang membuatkan bahagian kaki sangat sakit apabila terkena gout. Saya tahu gout itu berpunca daripada kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Andainya ada satu kaedah yang segera dan pantas untuk mengeluarkan asid urik ini di dalam darah, maka sudah tentu sakit gout ini akan hilang. Pada pendapat saya, kaedah tersebut ialah melalui berbekam khasnya di tempat yang terkena gout tersebut...

Dengan berbekam, darah kotor akan disedut keluar dan sudah semestinya berkumpulnya asid urik yang menyebabkan sakit gout. Saya nekad untuk berbekam di kawasan tempat sakit gout itu (buku lali dan dekat ibu jari kaki). Saya ingin melihat keadaan darah tersebut. Kemahiran berbekam yang telah saya pelajari daripada al fadhil tuan guru Muhamamad Rajab Akmal Al Idrisi (Darul Ansar) akan saya praktikkan sebaik mungkin.

Perlu diingat bahawa ketika kaki yang sakit membengkak itu sangat sakit apabila disentuh apatah lagi untuk dibekam. Mahu menjerit rasanya jika kawasan yang bengkak itu ditusuk jarum bekam. Saya menunggu beberapa hari sehingga bengkak itu surut.  Apabila sudah surut, kawasan tempat gout itu perlu segera dibekam. Saya nekad apa nak jadi, jadilah..kalau tak cuba mana nak tahu. Maka apabila tiba masa yang sesuai, operasi bekam saya lakukan.

Keluar darah kotor dan toksik

Rasa tidak percaya dan terkejut timbul di hati saya melihat hasil bekam di kawasan tempat gout itu. Ini kerana darah yang disedut keluar itu kelihatan berbuih-buih dan kental seperti hati ayam. Saya yakin inilah yang menyebabkan sakit gout tersebut. Lihatlah gambar di bawah ini..

 
Darah berbuih

 
Darah berbuih




Darah bertoksik dari buku lali

Darah bertoksik dari buku lali

Darah bertoksik dekat ibu jari kaki


Keadaan darah setelah tiga kali bekam
 
Apa yang saya rasa sekarang?

Alhamdulillah, setelah melakukan kaedah bekam di tempat sakit gout dan juga ditambah dengan bekam sunah (10 poin), maka saya merasakan kesihatan jasmani saya semakin bertambah baik. Maka benarlah sabda nabi kita iaitu Nabi Muhammad saw bahawa dengan berbekam akan menjadikan badan kita sihat dan mengeluarkan banyak penyakit. Kepada pembaca di luar sana, jika anda ingin kekal sihat, maka hendaklah selalu berbekam.  Kini saya menjadikan kaedah berbekam sebagai amalan yang berterusan.

Marilah berbekam untuk kesihatan dan menghidupkan sunah.
 

No comments:

Post a Comment