Khasiat Luar Biasa Habbatus
Sauda’ kepada Manusia
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
(Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan
hadith-hadith
sahih no. 1819. )
Pengenalan
Pokok Habbatus sauda |
Habbatus Sauda’ adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil,
mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga
yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini
terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda
(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black
Cumin. Produk Habbatus Sauda’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Biji Habbatussauda |
Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.
Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering
dihadapi oleh manusia. Habatusssauda’ ini ialah satu supplement atau ubat yangg
membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan
membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah
Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam
penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara
bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine,
cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab
Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah,
Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut
disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’
antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1.
Nilai pemakanan
Habbatus
Sauda kaya dengan:
- Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- Polysaccharide
- Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- Amino acid yang membentuk protein
- Karotene iaitu sumber vitamin a
- Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya
meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu habbatus
sauda mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit
berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine
ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan
kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang
protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh
kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus
Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4.
Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5.
Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6.
Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus
Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda
baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan
yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7.
Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi
lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran
susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Pendapat Pakar di
Malaysia berkenaan Habbatus sauda’
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff |
Prof. Dr.
Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra
Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah
yang amat bernilai buat manusia.
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan
awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta
sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap
butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah
manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama
sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan,
semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang
terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga
80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan
membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda
berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali
gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang
diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon
daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda
telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada
otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen
habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula
menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda
mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai
makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang
turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek
peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan
kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai
makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman,
melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit,
meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang
persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam
bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan
keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan
madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya
yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas
beliau.
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella
sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
Nasihat saya:
Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat yang terdapat dalam Habbatus sauda untuk menjana kesihatan yang berterusan. Saya kini terus mengamalkan pemakanan sunah ini untuk meraih kesihatan yang optimum. InsyaAllah.
Sumber rujukan:
www.kosmo.com.my (rencara
bertajuk: hasiat Makanan Sunah Rasulullah. Keajaiban Habbatussauda, 20/07/2013)
No comments:
Post a Comment