Salam sejahtera buat pembaca yang setia mengikuti blog RIJ ini.
Info kali ini adalah berkenaan dengan simpton penyakit gangguan jin dan tekanan perasaan.
Gambar hiasan |
Sudah menjadi lumrah masyarakat kita untuk melabelkan seseorang yang berkelakuan aneh seperti bercakap yang bukan-bukan (merapu), melepaskan semua pakaian (berbogel) dan sebagainya adalah hasil daripada gangguan jin. Tidak pernahkan kita cuba menyelami akan punca-punca terjadinya perlakuan seumpama itu, contohnya sebagai akibat daripada tekanan perasaan yang melampau akibat bebanan kerja, putus percintaan, persediaan menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya merawat seorang pemuda yang mengalami gejala simpton seperti ini.
Ceritanya begini....
Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada seorang yang saya kenali untuk membantu merawat anak jirannya yang berperangai pelik iaitu suka berbogel dan bercakap sendirian. Pada mulanya saya keberatan untuk membantunya kerana merasakan agak sukar untuk menangani kes seperti ini. Bimbang kalau-kalau pesakit bertambah agresif atau tiada perubahan langsung. Namun atas rasa tanggungjawab saya tidak menghampakan permintaanya dan bersetuju untuk merawat pesakit tersebut. Pada malam itu (malam pengiraan Undi PRU ke-13), saya dijemput menaiki kereta bertolak ke Ulu Jempol. Sesampainya saya di rumah pesakit tersebut, saya diperkenalkan dengan pemuda yang sakit itu. Saya lihat keadaannya agak tidak terurus dan pandangan matanya tajam merenung ke arah saya. Namun, saya bersikap mesra dan memberitahu akan mengubati penyakitnya. Pemuda itu pasrah dan menghormati saya.
Sesi ruqyah dimulakan dengan kombinasi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya mengambil jalan selamat iaitu meruqyah di bahagian belakangnya dan tangan kanan memegang kepalanya. Andainya pesakit bertindak agresif, saya akan dapat mengawal keadaan. Di samping itu, saya juga bersedia dengan buah-buah silat sekiranya pesakit mengamuk. Nasihat saya kepada perawat-perawat di luar sana, agar dada juga di isi dengan ilmu silat.. manalah tahu kalau penumbuk atau penendang menyinggahi tubuh kita. Takkan nak dibiarkan saja...cari nahaslah tu.
Berbalik kepada cerita tadi, semakin lama bacaan ruqyah berlangsung, keadaan pesakit mula menampakkan perubahan yang agresif. Pesakit batuk-batuk dan rasa nak muntah. Pergerakanya mula agresif sehingga memaksa dirinya dipegang oleh beberapa orang rakannya. Mulutnya mula menuturkan kata-kata yang ‘merapu’ dan menceritakan hal-hal atau peristiwa masa lampau. Dia tidak kenal dirinya yang sebenar..siapa aku dan sebagainya. Saya cuba melayannya berdialog tetapi lama-kelamaan saya rasa diperbodohkan dengan soalan=soalan dan jawapannya yang pelik-pelik. Pelbagai teknik saya ikhtiarkan untuk mengeluarkan ‘jin’ yang mendiami tubuhnya, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya..selebihnya saya lihat lebih kepada gangguan mental atau perasaan. Saya dimaklumkan sebelum ini bahawa pemuda tersebut suka bersendirian dan ada sedikit masalah. Masalah yang bersarang di mindanya tidak dikongsi dengan orang lain. Akhirnya...bila terpendam sekian lama akan membarah dan tertekan.
Saya akhirnya mengalah kerana pesakit tetap berkeadaan agresif dan bercakap yang bukan-bukan. Lagipun, malam pun sudah lewat dan badan saya sudah letih. Saya menasihati warisnya agar membawa pesakit ke hospital untuk diberikan ubat penenang. Biarlah dia dapat berehat dan tidur. Mudah-mudahaan fikiranya tenang.
Kesimpulannya, jika fikiran kita berserabut dan suka bersendirian akan lebih mudah mengundang tekanan perasaan. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, dibimbangi akan merasuk fikiran dan jiwanya, malah lebih parah lagi akan mengundang kehadiran jin untuk menambahkan lagi sengsara.
Sebaik-baiknya cegah sebelum parah.. bawalah berubat jika keadaan masih di peringkat awal lagi.
Sekian sahaja daripada hamba. Mudah-mudahan memberi pengajaran kepada kita.
1 comment:
assalam..boleh saya panggil ustaz? saya ada seorang kenalan yang mengalami masalah yang sama tekanan perasaan saya rasa.dia suka cakap merapu, berseorangan, suka cakap sorang-sorang dan kadang-kadang suka mengamuk, pecahkan gelas pinggan dan sebagainya. puas sudah berubat tetapi semakin teruk nampaknnya..macam mana ustaz...bila dia minta duit kalau tak kasi dia akan mengamuk...ada satu masa dia asah golok dan letak di depan pintu kononnya nak takutkan ibu bapanya...macam mana deal dengan orang mcam ni ustaz...byk usaha dilakukan ttp x berhasil...
Post a Comment