Assalamu’alaikum..
Para pembaca yang dihormati, lewat tulisan lalu saya telah membicarakan berkenaan penyakit resdung dan kaedah rawatan melalui doa-doa pilihan yang mujarab. InsyaAllah makbul. Syaratnya kenalah IKHLAS, YAKIN dan REDHA. Dan tambah satu lagi ...BERGURU.
Dalam tulisan kali ini, saya ingin mengenegahkan salah satu kaedah rawatan yang tidak asing lagi dalam kalangan kita iaitu melalui Kaedah Rawatan Bekam Asap (Bekam Kain Lilin)
Contoh alat bekam asap (bekam kain lilin) |
Kaedah Bekam Asap adalah merupakan satu kaedah yang digunakan sejak sekian lama oleh para pengamal perubatan rawatan resdung. Sebelum saya mempelajari kaedah rawatan ini, saya sendiri kerap mendapatkan rawatan bekam asap ini ketika saya bertugas di Baling, Kedah suatu masa dahulu.
Di Darussyifa sendiri ada diajar kaedah membuat kaedah Bekam kain Lilin ini. Cara membuatnya sedikit rumit kerana memakan masa untuk menyiapkan setiap satunya. Sudah tentunya disetai bacaan doa-doa terpilih. Sebab itulah saya mengenakan sedikit bayaran atas penat lelah saya itu dan kos bahan. Di sini saya tidak menunjukkan cara membuatnya...saudara kenalah belajar sendiri mengadap guru..betul kan.
Kebaikan Bekam Asap untuk merawat resdung
Melalui kaedah bekam asap ini wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa Ulat Resdung keluar - seumpama 'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut). Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut akan mematikan kuman yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat.
Selain bidang rawatan resdung tradisional, kaedah ini juga amat berkesan mencantikkan wajah. Seperti yang dinyatakan, bahan ini mengeluarkan wap panas yang boleh membunuh bakteria-bakteria di sekitaran wajah. Prosesnya berlaku begini:
Apabila wap panas dilalukan atau diseratakan ke atas wajah, ia seperti memberi senaman kepada urat-uratan dalaman. Tindakan ini akan membuatkan peredaran darah aktif, seolah-olah ia dikejutkan. Mana-mana saluran yang tersekat, akan di baiki. Saluran yang tersekat, akan mengakibatkan jerawat. Hasilnya, kulit menjadi tegang, sihat dan berseri. Untuk kulit rosak (berjerawat): inilah cara terbaik memberi senaman pada muka tanpa perlu menggunakan tangan / jari atau komponen seperti jarum yang berisiko mengakibatkan jangkitan. Kini kita tahu bahawa kaedah bekam asap bukan semata-mata bagi merawat penyakit RESDUNG, tetapi turut sama bertindak memberikan rawatan kesegaran, kecantikan pada wajah. Bahannya tiada mengandungi apa-apa bahan kimia atau asid yang boleh memberi kesan mudarat kepada para penggunanya. Bayangkanlah kalau anda mengamalkan rawatan ini seminggu dua kali secara berterusan. Bakteria-bakteria yang ada pada wajah dapat dicuci serta dihapuskan. Malah, turut mampu menanggalkan daki-daki di muka. Ringkasannya; kaedah ini merupakan salah satu petua awet muda terbaik yang ada.
Sekian sahaja perkongsian kaedah rawatan penyakit resdung. Jangan biarkan penyakit resdung merebak sehingga terjadinya barah. Ingat...Cegah sebelum Parah.
Ini bukan bekam asap.. Ini sedut asap |
KEPADA SESIAPA YANG MEMERLUKAN RAWATAN BEKAM ASAP INI...HUBUNGI SAYA.
CAJNYA BERPATUTAN.
No comments:
Post a Comment