Friday, April 26, 2013

BERUBAT SEKALI TERUS NAK SEMBUH...BOLEH KE?

Assalamu’alaikum
Apabila kita sakit, kita pasti akan berubat untuk mendapatkan kesembuhan.. tidak kiralah apa penyakit sekalipun sama ada penyakit jasmani ataupun penyakit rohani malah penyakit akibat gangguan jin.  Jikalau penyakit jasmani seperti demam, batuk, sakit jantung dan sebagainya, kita akan berjumpa dengan doktor. Maka kita akan diberikan ubat. Begitu juga apabila kita terkena penyakit rohani seperti kemurungan, kesedihan atau ketakutan yang melampau, kita pasti berjumpa dengan pakar kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Tidak ketinggalan juga apabila kita terkena penyakit akibat gangguan makhluk halus seperti histeria, saka, sihir dan sebagainya, kita akan berjumpa dengan perawat Islam untuk mendapatkan penawar kesembuhan.
Tulisan kali ini berfokus kepada penyakit akibat gangguan jin (saka)
Kadangkala ada pesakit yang menderita bertahun-tahun akibat penyakit gangguan jin. Kes yang begitu ketara ialah masalah saka. Saka yang dimaksudkan ialah adanya jin yang mendampingi seseorang itu sama ada diketahui atau tidak diketahui. Maksudnya, saka tersebut diporoleh secara turun temurun akibat perjanjian nenek moyang terdahulu yang menggunakan khidmat jin untuk sesuatu hajat seperti menjaga kebun (hantu raya), menjadi bidan dan sebagainya. Dalam hal ini, kita janganlah menyalahkan tindakan datuk nenek kita terdahulu kerana hal tersebut (bersahabat dengan jin) memang ada keperluannya pada masa itu. Masalahnya...jin tersebut akan tetap berpegang teguh pada perjanjian lama untuk terus menjaga anak cucu. Andainya anak cucu tidak mahu menerima saka ini, jin ini akan mengganggu kehidupan seharian.
Ada juga saka yang diperoleh melalui menuntut ilmu yang tidak tahu asal-usul sanadnya, seperti ilmu kuat, kebal, pengasih dan sebagainya....maka sama ada disedari atau tidak disedari akan ada jin pendamping yang menunaikan hajat atau keperluan ilmu tersebut. Apabila kita kuat semasa muda, gangguan penyakit tidaklah begitu ketara...tetapi, apabila sudah tuan dan tidak berdaya, maka ketika itulah jin pendamping akan mula bertindak mengganggu kita. Ketika itulah kita akan sakit susah nak mati, nyanyuk dan sebagainya.
Nah, saudara pembaca dapat melihat realiti keadaan ini dalam masyarakat kita pada hari ini. Rasanya saya tidak perlu mengulas dengan panjang lebar lagi. Di sini saya ingin mengajak pembaca merenung akan proses penyembuhan akibat penyakit misteri ini. Ikhtiar mendapatkan rawatan daripada perawat Islam memanglah baik dan sangat digalakkan berbanding dengan mendapatkan rawatan daripada bomoh atau dukun yang besekongkol dengan amalan khurafat. Kesedaran daripada masyarakat akan kepentingan merawat masalah penyakit gangguan jin (saka) secara Islam sudah bertambah baik ekoran kesedaran beragama yang menolak amalan tahyul  dan khurafat.
Antara keratan akhbar tentang saka
Masalahnya.....
Apa yang saya ingin sampaikan ialah berkenaan dengan sekali rawatan terus nak sembuh. Bolehkah begitu? Sedangkan penyakit yang dideritai sudah lama bahkan memakan masa bertahun-tahun. Apabila mendapatkan rawatan daripada perawat Islam, harapannya menggunung tinggi bahawa perawat tersebut ada kuasa ajaib untuk menyembuhkannya dengan sekali rawatan...mana boleh begitu? Agak mustahil  untuk berlaku malainkan dengan IZIN ALLAH belaka.  Penyakit (gangguan jin) tersebut sudah mendarah daging memerlukan beberapa siri rawatan ulangan untuk sembuh sepenuhnya. Pesakit dan warisnya perlu bersabar dan sama-sama berdoa dengan perawat untuk mendpatkan kesembuhan mutlak daripada Allah. Ulangi lagi proses rawatan beberapa kali sehingga benar-benar sembuh. Bak kata pepatah, ‘penyakit datang macam ribut tetapi hendak sembuh macam semut’. Sekali lagi diingatkan agar jangan mudah berputus asa. Hakikatnya, Allah yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Kita hanya perlu berikhtiar dan berusaha mendapatkan penawarnya. 
Sekian saja tulisan saya pada kali ini..

Tuesday, April 16, 2013

Penyakit Resdung : Kaedah Rawatan Bekam Asap (Bekam Kain Lilin)

Assalamu’alaikum..
Para pembaca yang dihormati, lewat tulisan lalu saya telah membicarakan berkenaan penyakit resdung dan kaedah rawatan melalui doa-doa pilihan yang mujarab. InsyaAllah makbul. Syaratnya kenalah IKHLAS, YAKIN dan REDHA. Dan tambah satu lagi ...BERGURU.
Dalam tulisan kali ini, saya ingin mengenegahkan salah satu kaedah rawatan yang tidak asing lagi dalam kalangan kita iaitu melalui Kaedah Rawatan Bekam Asap (Bekam Kain Lilin)
Contoh alat bekam asap (bekam kain lilin)

Kaedah Bekam Asap adalah merupakan satu kaedah yang digunakan sejak sekian lama oleh para pengamal perubatan rawatan resdung.  Sebelum saya mempelajari kaedah rawatan ini, saya sendiri kerap mendapatkan rawatan bekam asap ini ketika saya bertugas di Baling, Kedah suatu masa dahulu.
Di Darussyifa sendiri ada diajar kaedah membuat kaedah Bekam kain Lilin ini. Cara membuatnya sedikit rumit kerana memakan masa untuk menyiapkan setiap satunya. Sudah tentunya disetai bacaan doa-doa terpilih. Sebab itulah saya mengenakan sedikit bayaran atas penat lelah saya itu dan kos bahan.  Di sini saya tidak menunjukkan cara membuatnya...saudara kenalah belajar sendiri mengadap guru..betul kan.

Kebaikan Bekam Asap untuk merawat resdung

Gambar hiasan : Bekam asap

Melalui kaedah bekam asap ini wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa Ulat Resdung keluar - seumpama 'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut). Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut akan mematikan kuman yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat.


Selain bidang rawatan resdung tradisional, kaedah ini  juga amat berkesan mencantikkan wajah. Seperti yang dinyatakan, bahan ini mengeluarkan wap panas yang boleh membunuh bakteria-bakteria di sekitaran wajah. Prosesnya berlaku begini:
Apabila wap panas dilalukan atau diseratakan ke  atas wajah, ia seperti memberi senaman kepada urat-uratan dalaman. Tindakan ini akan membuatkan peredaran darah aktif, seolah-olah ia dikejutkan. Mana-mana saluran yang tersekat, akan di baiki. Saluran yang tersekat, akan mengakibatkan jerawat.  Hasilnya, kulit menjadi tegang, sihat dan berseri. Untuk kulit rosak (berjerawat): inilah cara terbaik memberi senaman pada muka tanpa perlu menggunakan tangan / jari atau komponen seperti jarum yang berisiko mengakibatkan jangkitan. Kini kita  tahu bahawa kaedah bekam asap bukan semata-mata bagi merawat penyakit RESDUNG, tetapi turut sama bertindak memberikan rawatan kesegaran, kecantikan pada wajah. Bahannya tiada mengandungi apa-apa bahan kimia atau asid yang boleh memberi kesan mudarat kepada para penggunanya. Bayangkanlah kalau anda mengamalkan rawatan ini seminggu dua kali secara berterusan. Bakteria-bakteria yang ada pada wajah dapat dicuci serta dihapuskan. Malah,  turut mampu menanggalkan daki-daki di muka. Ringkasannya; kaedah ini merupakan salah satu petua awet muda terbaik yang ada.
Sekian sahaja perkongsian kaedah rawatan penyakit resdung. Jangan biarkan penyakit resdung merebak sehingga terjadinya barah. Ingat...Cegah sebelum Parah.
Ini bukan bekam asap.. Ini sedut asap

KEPADA SESIAPA YANG MEMERLUKAN RAWATAN BEKAM ASAP INI...HUBUNGI SAYA.
CAJNYA BERPATUTAN.

Monday, April 15, 2013

Derita Penyakit Resdung

Apa itu Resdung?

Gejala Penyakit Resdung

Penyakit resdung atau sinutisis merupakan sejenis penyakit yang berbahaya jika tidak dirawat dengan segera. Resdung merujuk kepada terjadinya keradangan pada rongga sinus.  Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada pada tulang muka. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan berkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman.



Lazimnya pesakit resdung akan mengalami simptom gatal-gatal di bahagian muka dan hidung. Mereka berasa seolah-olah ada benda halus merayap-rayap di bahagian tersebut. Penyakit resdung adalah disebabkan sejenis virus atau kuman yang begitu halus berupa hama. Kuman Inilah yang menyebabkan kita berasa seperti ada benda yang merayap-rayap di bahagian muka dan hidung.
Tanda-Tanda Penghidap Resdung:
·         Hidung tersumbat dan berbau busuk
·         Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
·         Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
·         Kerap bersin terutama di waktu pagi
·         Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
·         Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
·         Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
·         Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.

Kaedah dan Rawatan Penyakit Resdung
Dalam perubatan alopati, beberapa kaedah rawatan dan pengesanan sering dilakukan seperti pengambilan ubat anti alahan dan antibiotik, melakukan terapi nyahsensitif, pembedahan membesarkan rongga hidung, radioterapi dan menyedut wap air panas bercampur mentol. 
Dalam rawatan Islam, rawatan menerusi doa, bekam menggunakan kain lilin dan pemgambilan herba boleh dilakukan. Saya berpendapat bahawa kuman atau virus resdung ini berpunca daripada angkas jin/syaitan yang suka menyakitkan manusia.  Sifatnya yang seni iaitu boleh berjalan di dalam aliran darah memudahkannya merebak. Oleh itu kombinasi ayat-ayat suci al-Quran merupakan penawar yang paling ampuh untuk membunuh kuman resdung tersebut.
Untuk rawatan penyakit resdung, kombinasi doa berikut boleh dibaca;
1.      Penawar Seibu Guna (Surah al-Fatihah)



2.      Selawat Syifa’



3.      Selawat Tafrijiyyah



4.      Baca Doa Penghilang Kesakitan sambil tangan kanan memegang hidung


5.      Baca 7 kali ayat berikut sambil tangan kanan memegang hidung (Surah al-Isra' ayat 82)

   Untuk rawatan terlebih baik  saya biasanya menggunkan bahan rawatan yang dinamaka bekamasap atau bekam kain lilin.  Di sini saya tidak dapat menulis mengenai cara membuat bekam kain lilin tersebut.. kaedah bekam kain lilin ini sangat berkesan untuk mengeluarkan kuman atau hama resdung... insyaAllah akan bersambung nanti.

Wednesday, April 10, 2013

AWAS DENGAN ILMU TENAGA DALAM (3)

Tulisan ini adalah sambungan perbincangan mengenai ilmu tenaga dalam dan merupakan tajuk terakhir dalam siri pencerahan mengenai ilmu ini…

Buatlah pertimbangan secara telus menurut kacamata Islam…

Baca seterusnya……


KRITIKAN SECARA  TERPERINCI TERHADAP ILMU TENAGA DALAM

Pertama : Belajar ilmu tenaga dalam membuat seorang dapat menjadi sakti.

Teknik menjadi kebal yang diajarkan di perguruan tenaga dalam adalah kesesatan dan bid’ah yang tidak pernah diajarkan Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pernah diamalkan generasi terbaik umat ini.

Kalau ilmu kekebalan adalah ilmu yang benar dan diperbolehkan tentu Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang terlebih dahulu mempelajari dan menggunakannya dalam peperangan. Namun Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam terluka dalam perang Uhud dan banyak para sahabat yang gugur syahid dalam pertempuran tersebut.

Hal ini menjelaskan kepada kita bahwa kekebalan bukanlah suatu kebaikan dan kemuliaan, akan tetapi merupakan suatu kebatilan yang tidak terlepas dari peranan syaitan dalam menyesatkan para walinya.

Oleh karena itu telah dinukil dalam sebuah riwayat mengenai ilmu kebal yang dimiliki al-­Harits ad-Dimasyqi yang muncul di Syam pada masa pemerintahan ‘Abdul Malik bin Marwan, lalu mengaku dirinya sebagai nabi. Syaitan-syaitan telah me­lepaskan rantai-rantai yang melilit di kedua kaki­nya, membuat tubuhnya menjadi kebal terhadap senjata tajam, menjadikan batu marmar bertasbih saat disentuh tangannya, dan ia melihat sekelompok orang berjalan kaki dan menunggang kuda terbang di udara seraya berkata ia adalah malaikat padahal jin.

Ketika kaum muslimin telah berhasil menang­kap al-Harits ad-Dimasygi untuk dibunuh, sese­orang menikamkan tombak ke tubuhnya, namun tidak lut atau mampan (punya ilmu kebal). Maka ‘Abdul Malik bin Marwan berkata kepada orang yang menikamnya itu : “Itu adalah karena engkau tidak menyebut Nama Alloh Ta’ala ketika menikamnya.” Maka ia pun mencoba lagi menikamnya dengan terlebih dahulu membaca bismillah dan ternyata tewaslah ia seketika. (Majmu’ Fatawa, Syaikhul Islam, 11/285)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengomen­tari riwayat di atas : “Beginilah perihal orang orang disertai syaitan. Syaitan-syaitan tersebut akan mening­galkan mereka apabila dibacakan di sisi mereka apa yang mengusirnya seperti ayat kursi.”

Kedua : Mengalahkan musuh dari jarak jauh.


Lawan atau musuh terpelanting
 Sekiranya teknik yang seperti ini bermanfaat dan dibenarkan tentu akan dilakukan oleh Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat dalam menghadapi mu­suh dalam peperangan dan jihad di jalan Alloh Ta’ala

Ketiga: Latihan aplikasi jurus tenaga dalam, seorang murid diharuskan  beremosi marah.

Seorang muslim juga dituntut meninggalkan segala akhlak keji dan tercela, seperti membenci, dendam, emosi/marah, dll.

Berbeza halnya dengan ajaran perguruan tena­ga dalam, seseorang diajari perlu emosi dan marah. Hal ini tentu bertentangan dengan petunjuk nabi yang mewasiatkan seorang untuk tetap sabar dan tidak marah. Sebab emosi merupakan kunci dan sumber kejahatan, sebagaimana sabda Rosu­lulloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
Dari Abu Huroiroh radhiyallahu ‘anhu berkata : “Sesungguhnya seorang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Berilah aku wasiat, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Engkau jangan marah.” Beliau mengulangi beberapa kali : “Jangan engkau marah.” (HR. Bukhori, no.6116).

Imam Ibnu Rojab rahimahullah berkata: “Hadits ini menunjukkan bahwa sesungguhnya emosi/marah adalah sumber segala kejahatan dan menahan diri darinya adalah sumber segala kebaikkan.” (Jaami’ Ulum wal Hikam, 1/362).

Di dalam hadits lain dijelaskan bahawa marah atau emosi bersumber dari syaitan, sebagaimana sab­da Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam “Sesungguhnya marah atau emosi adalah (bersumber) dari syaitan, dan sesungguhnya syaitan diciptakan dari api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air, maka apabila salah seorang kamu marah maka berwudhulah.”

Dan dalam hadits yang lain dijelaskan bahwa : “Sesungguhnya syaitan mengalir dalam tubuh manusia sebagaimana aliran darah.” (HR. Bukhori)

Kemungkinan inilah rahsianya, kenapa per­guruan tenaga dalam mengajarkan bagaimana se­orang perlu emosi atau marah tatkala menyerang lawan, sebab ajaran perguruan tersebut adalah hasil dari bisikan syaitan. Dan dengan sifat marah syaitan dengan cepat akan dapat menguasai seseorang, kerana ia mengalir dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Dengan demikian ia akan dapat mem­pengaruhi lawan dan menguasainya berkat bantu­an khodamnya (syaitan).
Hal ini diperkuat oleh pernyataan para praktisi tenaga dalam bahwa jurus akan berfungsi penuh dan sempurna jika lawan dalam keadaan emosi. Jadi bukanlah karena energi tenaga dalam musuh yang dalam keadaan emosi dapat ditaklukkan de­ngan fungsi jurus-jurus tertentu, tetapi khodam jurus itulah yang langsung merasuk ke dalam tu­buh lawannya yang dalam keadaan emosi menuju otaknya hingga lawannya bisa kita permainkan de­ngan fungsi jurus tenaga dalam/ilmu metafisika.”

Keempat : Perguruan ilmu tenaga dalam mengajaran seseorang menjadi dukun / paranormal

Hal ini dapat dilihat dari praktiknya, di anta­ranya mereka menjadikan seseorang jatuh cinta, membuat orang sakit (santet), penyembuhan dari penyakit dengan jurus-jurus tertentu, meramal barang hilang atau makhluk halus, meramal masa lalu dan masa depan dan meramal isi hati orang.
Semua praktik di atas dilarang oleh syari’at Islam, karena ilmu tenaga dalam adalah ajaran syatan yang berusaha menggiring manusia keluar dari agama sehingga terjerumus ke dalam dosa. Akibat akhir perbuatan tersebut tidak keluar dari dua alternatif : kekufuran atau melakukan dosa besar.

Membuat seorang jatuh cinta
Sihir jenis ini dalam bahasa Arab diistilahkan dengan al-’athfu yaitu membuat seseorang cinta kepada orang lain. Dalam istilah lain disebut de­ngan at-tiwalah yaitu sesuatu yang dibuat untuk membuat isteri cinta kepada suaminya atau seba­liknya. (Lihat Fathul Majid, hlm. 123)
Ini adalah perbuatan syirik, sebagaimana sab­da Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Sesungguhnya ruqyah (dengan mantera dukun), ji­mat dan tiwalah (sihir mahabbah/pelet) adalah syirik.” (HR. Ahmad, Abu Daud)

Tiwalah dihukumi sebagai syirik kerana di­gunakan untuk mendatangkan kebaikan dan menolak kejahatan dengan selain Alloh Ta’ala. (Lihat Fathul Majid, hlm. 124)

Maka apa yang diajarkan dalam ilmu tenaga dalam dengan cara-cara tertentu untuk menjadi­kan seseorang jatuh cinta atau menyukai terma­suk salah satu jenis sihir mahabbah yakni al ‘athf dan tiwalah sebagaimana yang dimaksud dalam hadits di atas.

Ilmu santet (membuat orang sakit)
Hal ini ada dalam dunia ilmu tenaga dalam dan ilmu metafisika dengan cara dan bentuk yang bermacam-macam. Cara ini diketahui oleh orang yang bergabung dalam perguruan ilmu tersebut. Terlepas dari cara dan media yang digunakan, tetaplah perbuatan tersebut terlarang karena bertujuan menyakiti orang lain dan tergolong ke dalam sihir yang diharamkan oleh agama.

Imron bin Hushain berkata : “Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Bukan termasuk golongan kami orang yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda Benda, burung dan lain-lain), orang yang meramal atau yang meminta diramalkan, orang yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang is katakan, maka sesungguh­nya is telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan ke­pada Muhammad‘ (HR. ath-Thobaroni dalam al­-Ausath, al-Mundziri berkata: Sanad ath-Thobaroni hasan. Diriwayatkan juga oleh al-Bazzaar, dengan sanadjayyid)
Sihir tidaklah akan terlaksana kecuali dengan bantuan syaitan dan menghambakan diri kepada- nya serta melakukan hal-hal yang diharamkan oleh agama.

Penyembuhan dari berbagai penyakit fisik, psikis & ghoib
Pada ilmu tenaga dalam diajarkan teknik pe­nyembuhan dari pelbagai penyakit dengan meng­gunakan fungsi jurus-jurus tertentu. Dan tidak diragukan bahwa teknik seperti ini adalah cara yang bid’ah yang bertentangan dengan syari’at, khususnya dalam penyembuhan penyakit psikis dan yang ghoib.

Agama memerintahkan kita untuk berobat de­ngan pengobatan yang disyari’atkan dan bersih dari unsur-unsur kesyirikan serta segala hal yang diharamkan, sebab Alloh Ta’ala tidak menjadikan ke­sembuhan umat ini dari hal-hal yang haram.

Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda :
“Wahai hamba Alloh, berobatlah, maka sesungguhnya Alloh tidaklah menurunkan penyakit kecuali menu­runkan bersamanya penyembuahan (obat), kecuali satu penyakit, mereka bertanya: apa itu ? Beliau menjawab : yaitu kepikunan.” (HR. Ahmad).
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda :
“Tidaklah Alloh menurunkan penyakit kecuali menu­runkan bersamanya penyembuhan (obat).”

Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang berobat dengan yang haram, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu ad-Dardaa’, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Berobatlah, dan janganlah berobat dengan yang haram.” (HR. Abu Daud dengan sanad Hasan, 3874)

Alloh Ta’ala telah menurunkan obat yang sangat mujarab untuk seluruh penyakit, baik fisik atau psikis, yaitu al-Qur’an. Akan tetapi banyak kaum muslimin tidak dapat menggunakan dan meman­faatkannya secara baik dengan disertai keyakinan yang benar. Alloh Ta’ala berfirman :
“Dan Kami telah menurunkan al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang yang dholim selain kerugian.” (QS. al-Isro’[171]:82)
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Robbmu dan penyembuh bagi penyakit-­penyakit (yang berada) dalam dada (hati) dan petunjuk serta rahmat bagi orang orang yang beriman. ” (QS. Yunus [io]: 57)

Imam Ibnu Qoyyim rahimahullah berkata : “Al-Qur’an adalah penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit hati (psikis), fisik dan penyakit­-penyakit (yang ada) di dunia dan akhirat. Dan tidaklah setiap orang ahli (dapat) dan diberi taufiq untuk  menggunakannya sebagai penyembu­han. Dan apabila orang yang sakit dapat melakukan pengobatan dengan baik dengan   al-Qur’an dan meletakkannya pada penyakit dengan (penuh) ke­jujuran dan keimanan, penerimaan yang sempur­na, keyakinan yang putus dan melengkapi syarat­-syaratnya, maka tidak satupun penyakit yang akan dapat melawannya selama-lamanya.

Dan bagaimana mungkin penyakit akan dapat melawan perkataan Robb (yang menciptakan) bumi dan langit yang seandainya kalau ia ditu­runkan kepada gunung-gunung tentu akan han­cur atau (diturunkan) kepada bumi tentu akan terpotong-potong. Tidak satupun dari penyakit hati (psikis) dan fisik kecuali di dalam al-Qur’an terdapat jalan (cara) untuk menemukan obat dan penyebabnya dan (cara) untuk (melakukan) pre­ventif darinya, (tentu) bagi orang yang diberi  pemahaman oleh Alloh Ta’ala tentang kitab-Nya…. Adapun (resep) penyembuhan (penyakit) hati (psikis) maka al-Qur’an telah menyebutkannya secara terperrinci dan menyebutkan (juga) sebab-sebab penyakit dan (cara) mengobatinya. Alloh Ta’ala berfir­man :

“Apakah tidak cukup (bagi) mereka bahawa sesungguh­nya Kami telah menurunkan kepadamu  al-Qur’an yang dibacakan kepada mereka.” (QS. al-Ankabut [291: 51)

Maka barangsiapa yang tidak boleh disembuhkan oleh al-Qur'an maka Alloh Ta’ala tidak akan meny­embuhkannya dan barangsiapa yang tidak cukup baginya al-Qur'an maka Alloh Ta’ala tidak akan mem­berikan kecukupan baginya.” (Zadul Ma'ad, 4/322)

Penulis mengajak kita membaca dan mere­nungi perkataan Imam Ibnu Qoyyim rahimahullah , di atas.

Semoga hal itu memotivasi kita untuk membaca al-Qur'an, merenungi dan memahaminya, agar ia menjadi lampu penerang kehidupan dan obat pe­nyembuh segala penyakit jiwa (psikis) dan fisik.
Sangat disayangkan, majoriti kaum mus­limin sekarang ini berpaling dari al-Quran, tidak membaca dan merenunginya. Mereka juga me­ninggalkan Sunnah. Akhirnya syaitan membisik­kan kepada mereka agar mencari alternatif selain al-Qur'an untuk mengatasi problem/masalah kehidu­pan dan penyembuhan penyakit yang mereka ra­sakan. Caranya adalah dengan melakukan terapi­-terapi perdukunan dan teknik-teknik ilmu tenaga dalam, yang membuat mereka terperangkap ke dalam jaringan syaitan yang selalu berusaha meng­giring manusia kepada kesesatan dan kesyirikan, baik disadari atau tidak. Na'uzubillah min zalik.

Meramal barang hilang atau makhluk halus.
Cara ini biasanya dilakukan oleh praktisi ilmu tenaga dalam dengan melatih indranya menjadi peka atau dengan membuat tangannya menjadi sensitif hingga dapat 'meradar' lokasi barang yang hilang atau makhluk halus.

Tidak diragukan bahawa cara mendeteksi ba­rang hilang seperti ini tidak ada bezanya secara  dengan cara perdukunan (kahanah) dan peramal (‘arrofah). Sebab termasuk mengaku me­ngetahui benda yang hilang. Sekalipun para prak­tis ilmu tenaga dalam mengingkari hal itu.

Praktek perdukunan dan ramalan telah dilarang oleh Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan larangan yang keras, sebagaimana dalam sabdanya :
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal dan menanyakan tentang sesuatu lalu membenarkannya, maka tidak diterima shalatnya 4o hari. “ (HR. Muslim dari sebagian istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam)

Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda: “Barangsiapa yang mendatangi dukun (peramal) dan membenarkan apa yang dikatakannya, sungguh ia telah ingkar (kufur) dengan apa yang dibawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam .” (HR. Abu Dawud)

Jika ancaman orang yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan perkataanya adalah ti­dak diterima sholatnya empat puluh hari dan kufur dengan apa yang dibawa oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam lan­tas bagaimana dengan orang yang mempelajari dan mengajarkannya kepada orang lain ? Tentu ancaman dan dosanya lebih besar.

Ilmu tenaga dalam mempelajari teknik mengetahui masa lalu dan masa depan.
Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib yang telah lalu atau yang akan datang ke­cuali Alloh Ta’ala , sebagaimana firman-Nya:
“Katakanlah, tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghoib kecuali Alloh.” ( QS. an-Naml [271:65)

Banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa mengetahui perkara ghoib merupakan kekhu­susan Alloh Ta’ala Bahkan Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusan Alloh Ta’ala tidak mengetahui perkara ghoib kecuali sesuatu yang diwahyukan kepadanya. Se­andainya ia mengetahui yang ghoib tentu akan mengetahui rahasia takdir yang akan terjadi dan beliau tentu akan mengantisipasinya. Alloh Ta'ala :
“Katakanlah : ‘Aku tidak berkuasa menarik keman­faatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kema­dhorotan kecuali yang dikehendaki Alloh. Dan seki­ranya aku mengetahui perkara yang ghoib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan tidak akan ditimpa kejahatan dan aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (QS. al-A'rof [71:188)

Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Kunci perkara ghoib itu ada lima, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya melainkan Alloh Ta’ala Tidak ada yang mengetahui (takdir) apa yang di dalam kan­dungan selain Alloh Ta’ala, tidak ada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok selain Alloh Ta’ala tidak ada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) kapan hujan akan turun kecuali Alloh Ta’ala dan tidak ada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati selain Alloh Ta’ala dan tidak ada yang mengetahui kapan terjadinya hari ki­amat kecuali Alloh Ta’ala" (HR. Bukhori)

Jadi tidak diragukan lagi kebohongan para praktisi dan penuntut ilmu tenaga dalam yang mengatakan bahawa mereka dengan teknik medi­tasi dan memakai ilmu clairvoyance dapat mengeta­hui masa depan dan masa lalu, hal itu tiada lain kecuali bisikan syaitan dan kesesatannya.

Pada Ilmu tenaga dalam diajarkan teknik mengetahui isi hati orang lain.
Tidak diragukan lagi bahawa ini adalah salah satu bentuk perdukunan dan sihir yang diharam­kan agama, sebab isi hati orang lain merupakan perkara ghoib yang tidak seorang pun mengetahuinya kecuali Alloh Ta’ala, sebagaimana firman-Nya :
“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan hati." (QS. Ghofir [401:19)
“Sesungguhnya Alloh Maha Mengetahui yang tersem­bunyi di langit dan di bumi, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." (QS. Fathir [35]:34)

Dalam sebuah hadits tentang Ibnu Shayyad seorang paranormal yang diisukan sebagai Dajjal dan dapat mengetahui perkara yang tersembunyi dan isi hati seseorang, sebagaimana yang diri­wayatkan oleh Abdulloh bin Umar radhiyallahu ‘anhu, Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam, berkata kepadanya :
“Saya sembunyikan sesuatu untukmu.” Ia men­jawab: “Dukh.” (potongan dari kata dukhan yaitu asap) Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Pergilah dengan hina, kamu tidak akan melampaui kemampuanmu.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Akan tetapi Ibnu Shayyad tidak dapat meneka apa yang disembunyikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali hanya kata (dukh) sebagaimana kebiasaan paranormal yang mendapatkan bisikan dari syaitan.

Bahkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutuk dan mencelanya. Hal ini menunjukkan bahawa orang-orang yang berusaha mengetahui perkara yang tersembunyi dan isi hati seseorang, tiada lain kecuali para pem­bohong yang mengikuti para Dajjal dan setan.

KELIMA : TENAGA DALAM MENGAJARKAN TEKNIK MENGISI BENDA HIDUP ATAU BENDA   MATI UNTUK PELBAGAI KEPERLUAN

Ini adalah tradisi jahiliyah yang tidak lepas dari sihir. Ini adalah salah satu bentuk praktek kesyirikan yang mengurangi atau bahkan mem­batalkan tauhid seseorang. Tujuan pengisian tersebut adalah untuk dijadikan jimat, pengasih­an, penjagaan, kewibawaan, dll. Praktek seperti ini dihukumi oleh Islam sebagai perbuatan syirik sebagaimana sabda Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barangsiapa menggantungkan jimat ia telah berbuat syirik.” (HR. Imam Ahmad, al-Hakim dan Abu Ya’la)

Jika benda mati atau makhluk hidup yang telah diisi dijadikan sebagai jimat dengan keyakinan bahawa ia adalah penyebab mendatangkan kebaik­an dan menolak madhorot, maka ini adalah syirik kecil yang merupakan dosa besar. Namun, bila pelakunya menyakini bahawa benda tersebut de­ngan sendirinya mampu mendatangkan kebaikan dan menolak mudharatt, maka ini adalah syirik be­sar yang mengeluarkan seseorang dari Islam.

Sebahagian guru tenaga dalam ‘mengisi’ murid­nya dengan ‘energi’nya dan ilmu-ilmu yang lain, maka ia telah membuat muridnya sebagai azimat hidup”. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk bagi murid sebab ia akan selalu bergantung kepada diri­nya dan lupa kepada pertolongan Alloh Ta’ala dan hilang atau menipis rasa tawakkalnya kepada Yang Maha Kuasa. Hal ini karena ia telah merasa memiliki jimat yang akan menyelamatkannya dari segala bahaya dan kejahatan. Ini adalah keyakinan yang syirik. Alloh Ta’ala tidak akan menyempurnakan hidup orang yang seperti ini, hidupnya tidak akan tentram dan aman sebagaimana sabda Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barangsiapa menggantungkan (memakai) azimat maka Alloh tidak akan menyempurnakannya (yakni tidak akan menjauhkannya dari musibah) dan barangsiapa menggantungkan tumbal (sejenis azimat untuk menen­teramkan perasaan) Allah tidak akan membiarkannya hidup tenteram.” (HR. Imam Ahmad)

Maksud ia hanya akan mendapatkan apa yang bertentangan dengan keinginan dan tujuannya.

KEENAM :  PADA ILMU TENAGA DALAM TERDAPAT TEKNIK PEMBENTENGAN BENDA HIDUP ATAU MATI DARI SEGALA BAHAYA, DAN TEKNIK UNTUK MENGUSIR JIN

Tidak diragukan lagi, teknik ini bertentangan dengan cara yang disyari’atkan untuk menjaga diri segala kejahatan dan mengusir jin. Teknik yang diajarkan di ilmu tenaga dalam adalah salah satu bentuk praktik perdukunan dan sihir yang diharamkan agama.

Seorang mukmin meyakini bahwa tidak se­orang pun yang dapat memadhorotkannya kecuali apa yang telah ditakdirkan Alloh Ta’ala akan menim­panya. Sehingga ia selalu meminta perlindungan dari Alloh Ta’ala dan bertawakal kepada-Nya. Sebab Dia-lah Dzat yang bisa menyelamatkannya dari bermacam-macam bahaya. Inilah kesan dari tauhid dan keimanan yang tertanam di hatinya.

Oleh karena itu ia cukup membaca dzikir­-dzikir yang disyari’atkan untuk menghadapi bahaya untuk mengusir jin. Seperti do’a yang ajar­kan oleh Rosululloh Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini :
“Barangsiapa singgah di suatu tempat dan dia mengu­capkan : A’uudzu bi kalimaatillahi attaammaati min syarri maa khalaq’ (aku berlindung dengan kalimat­-kalimat Alloh yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya), maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya sampai ia  pergi dari tempat itu” (HR. Muslim)

Sedangkan untuk mengusir jin cukup baginya dengan membaca dzikir pagi dan petang terutama ayat Kursi, sebagaimana yang terdapat dalam hadits yang shohih yang diriwayatkan oleh Abu Hu­roiroh radhiyallahu ‘anhu bahwa setan mengajarkan do ‘a berikut :
“Apabila kamu hendak tidur bacalah ayat kursi, Alloh senantiasa akan menjagamu dan syatan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Ia telah jujur (berkata) kepadamu, sedang ia adalah pem­bohong (besar) itu adalah setan.” (HR. Bukhori)

Demikianlah cara syar’i dalam membentengi diri dari segala bahaya dan untuk mengusir jin. Adapun teknik yang diajarkan dalam perguruan ilmu tenaga dalam adalah cara bid’ah yang diharamkan oleh agama.  Demikianlah sebagian kesesatan dan kesyirik­an yang terdapat dalam ilmu tenaga dalam dan sejenisnya.

Dari pemaparan di atas, kita dapat me­mahami betapa besar peranan syaitan dalam me­nyesatkan manusia dari jalan yang benar. Juga dapat disimpulkan bahwa mempelajari ilmu tenaga dalam adalah haram karena tidak ber­manfaat di dunia dan di akhirat, bahkan ia merupakan cara syaitan dalam menjerumuskan manusia kepada pelbagai kesesatan dan kesyirikan yang dapat membuat seseorang keluar dari agama Islam.

Mudah-mudahan kajian yang sederhana ini bermanfaat bagi penulis dan para pembaca. Penu­lis berdo’a semoga Alloh Ta’ala senantiasa menun­juki kita kepada kebenaran dan memberi kita kekuatan untuk mengikuti dan mengamalkan­nya. Semoga Alloh ‘Azza wa jalla memperlihatkan kepada kita kebatilan sebagai batil dan diberi kekuatan untuk meninggalkannya. Amiin.

Sekian sahaja daripada saya...
Jumpa lagi..Assalamu'alaikum.