Assalamu’alaikum wwt.
Para pembaca yang dihormati,
Tandas merupakan salah satu tempat kotor yang sangat disukai oleh makhluk jin jahat/ syaitan. Oleh itu syaitan akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. (saya ada kisah sebegini yang akan dikongsi sebentar lagi)
Oleh sebab itulah nabi Kita yang tercinta Muhammad saw telah mengajar kita kaedah perlindungan daripada diganggu oleh jin jahat ini. Sejauh manakah kita mempraktikkan kaedah melindungi diri daripada diganggu oleh jin yang berada di dalam tandas?
Ketahuilah bahawa ada doa khusus yang perlu kita baca sebelum melangkah kaki masuk ke dalam tandas. Begitu juga ada doa yang perlu kita baca ketika keluar dari tandas..
Berapa ramai antara kita yang selalu membaca doa ini ketika masuk dan keluar tandas? Anak-anak kecil yang belajar di taska atau di tadika sering diajar doa sebegini tetapi apabila besar, doa ini dipandang remeh. Mengapa?
Doa Masuk tandas:
Ertinya: "Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan" (Riwayat Bukhari)
Doa keluar tandas:
Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)
Manakala sunnah Rasulullah s.a.w ketika masuk ke tandas mesti melangkah dengan mendahului kaki kiri dan keluar tandas dengan mendahului kaki kanan. Tandas adalah tempat yang kotor berbanding dengan dunia diluar tandas jadi semestinya jangan kita memuliakan tandas tetapi mesti memastikan tandas sentiasa bersih. Sebaik-baiknya ketika buang air besar (berak) hendaklah ditutup kepala kita dengan kain kerana dikatakan syaitan akan kencing / berak di atas kepala yang tidak ditutup.
Saudara pembaca yang dihormati,
Saya ada satu kisah merawat pesakit yang diganggu oleh jin tandas. Ceritanya begini....
Ditempat saya bertugas (SMK. Jengka Pusat 2, Bandar Jengka, Pahang) ada satu tandas yang sudah lama ditutup dan tidak digunakan oleh pelajar. Maklumlah bila sesuatu tempat sudah ditinggalkan, maka jin akan duduk di situ. Pada satu pagi seorang pekerja baru telah membuka tandas tersebut untuk dicuci. Entah macammana dia sakit perut dan apa lagi terus membuang air besar di salah satu tandas di situ. Seketika itu juga dia terasa sakit-sakit dan gatal di seluruh badan. Kepalanya berdengung dan tidak ingat apa-apa....
Salah seorang guru menyedari keadaan pekerja tersebut lalu menelefon saya untuk dirukyah. Ketika dirukyah, suaranya berubah dan pergerakannya agresif. Saya memang tidak memberi ruang untuk makhluk jin jahat menunjuk ego.. perjanjian dibuat dan jin tersebut keluar dan pekerja tersebut sedar.
Ringkasan:
1. Ketika masuk ke dalam tandas, langkah dengan kaki kiri.
2. Baca doa masuk tandas dan selesaikan hajat anda. Elok tutup kepada dengan sapu tangan atau kain
3. Bila dah selesai hajat keluarlah dari tandas dengan langkah kaki kanan dan membaca doa keluar tandas.
4. InsyaAllah kita akan selamat dari gangguan jin atau syaitan.
Pengajaran :
1. Jin @ syaitan ada di mana-mana. Mereka memang sentiasa mencari peluang untuk mengganggu anak Adam.
2. Marilah sentiasa beramal dengan ajaran nabi kita Muhammad saw dalam segenap aspek kehidupan. Ingatlah ISLAM adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment